≡ Menu

Inilah Sebab Kenapa Nabi Pesan Supaya Tutup Lampu Sebelum Tidur


Rata-rata kamar tidur biasanya dilengkapi lampu meja untuk menerangi bilik dengan cahaya samar yang bisa dianggap romantik bagi sesetengah orang. Tidak kurang, ada juga individu yang memasang lampu tidur pada waktu malam dengan harapan tiada sebarang entiti atau makhluk halus yang mengganggu lena nanti.

Walau bagaimanapun, tahukah kamu impak apabila tidur dengan lampu yang menyala?

Menurut pakar kecantikan, cahaya lampu sedikit-sebanyak mampu menyalurkan kesan negatif buat kesihatan kulit di mana, ia kemudian menyebabkan kemunculan pigmentasi pada kawasan sekitar permukaan kulit. Itulah yang menyebabkan terhasilkan jeragat serta ketidak-rataan tona kulit.

Rasulullah Berpesan Supaya Matikan Lampu Ketika Tidur
Bertepatan dengan tujuan Allah swt mencipta manusia, fungsi tubuh badan kita semuanya sudah dirangka rapi. Oleh itu adalah bersebab kenapa waktu malam itu gelap dan kenapa manusia dikehendaki tidur pada waktu malam yang hening.

BACA:  Pintu Sempadan Gaza Ditutup, Bendera Zionis dan US Dikibarkan Di Penempatan Haram Yahudi

Menurut sumber yang menceritakan tentang sirah Rasulullah saw, dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)
Umumnya menurut penerangan sains, semakin malam dan semakin gelap keadaan di keliling, tubuh kita akan mudah merasa longlai dan mengantuk. Ini kerana, semakin hening, hormon yang dipanggil Melatonin akan terhasil dari kelenjar pineal.

Untuk pengetahuan semua, hormon Melatonin akan bantu memberi reaksi positif buat tubuh bagi mempersiapkan tubuh untuk beristirehat. Selain itu, ia juga mempengaruhi tubuh untuk terhindar dari segala penyakit berbahaya -memperkuat daya kekebalan tubuh (sistem imunisasi) seseorang.

Terbukti Tidur Dalam Gelap Lancarkan Penghasilan Melatonin
Joan Roberts, seorang pengamal biologi telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu menyala pada waktu malam dan kadar hormon melantoninnya dicatat.

BACA:  Bagus ke Minum Milo? Orang Kata Banyak Gula

Ternyata, hasil kajian mendapati, daya kekebalan haiwan tersebut jatuh berbanding apabila ia tidur dalam keadaan gelap pada waktu malam. Ini seraya membuktikan, cahaya yang dinyalakan ketika sedang tidur dapat membunuh dan menghentikan penghasilan hormon melantonin kerana ia hanyay mampu terhasil apabila tubuh berada dalam keadaan gelap.

Jadi sebelum kamu membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawasanya:

1. Hormon melatonin boleh bekerja dengan baik dalam keadaan gelap untuk mengawal kesihatan dan mencegah penyakit kronik seperti kanser.
2. Keadaan gelap memberi lebih peluang kepada kita untuk tidur nyenyak dan tenang.
3. Sel-sel tubuh kita yang rosak lebih cepat dibaiki oleh tubuh dalam keadaan gelap.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel