≡ Menu

Inilah Kalimah Yang Paling Berat, Lebih Berat Dari Semesta Alam


Bismillah…

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Nabi Musa ‘alaihi salam adalah seorang nabi yang suka bertanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Musa ‘alaihi salam telah berdialog dengan Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam dialog itu Nabi Musa berkata: Ya Allah, ajarlah kami satu kalimah yang dapat kami gunakan untuk berzikir dan berdoa kepadaMu.

Jawab Allah Subhanahu Wa Ta’ala: ucapkanlah “Lailaha illallah…” Wahai Musa.

Maka kata Nabi Musa alaihi salam: Semua umatmu sudah mengucapkan kalimah itu wahai Robb

Jawab Allah Subhanahu Wa Ta’ala: Wahai Musa, andaikan langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan kalimah “Lailaha illAllah”, nescaya masih berat “Lailaha illAllah”.

Zikir yang terbaik ialah Kalimatul Hak iaitu “Lailaha illAllah sepertimana maksud hadith:

BACA:  "Eh Kena Qadha Solat Ke Tak?" Ini Jawapan Bagi Dilema Wanita Yang Baru Habis Haid!

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah Lailaha illallah di sebelah yang lain, maka dacing kalimah (Lailaha illAllah) itulah yang lebih berat”. (Hadith riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Pernahkah kita bertafakur kenapa kalimah Lailaha illAllah lebih berat daripada segala isi langit dan bumi? Apakah yang menyebabkan kalimah itu berat?

Cuba kita tulis kalimah ini di atas kertas lalu kita timbangkan di dacing. Adakah berat?

Apakah yang membezakan jika seorang Islam ataupun orang kafir menyebut kalimah ini?

Jika kita perhatikan kalimah Lailaha illAllah ini terkandung dalam bahagian dari rukun Islam pertama iaitu syahadah. Malah setiap nabi dan rasul diutuskan untuk menyampaikan tentang keesaan Allah.

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”. (Surah Anbiya 21:25)

BACA:  7 Himpunan Doa Yang Sungguh Pendek. Tetapi Sangat Banyak Kaifiatnya

Malah dalam sebuah hadis…. (mankana akhir kalam LIHIL dahilal jannah), Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang akhir kalam dengan LIHIL.

Sudah pasti ada rahsia dan keistimewaan kalimah ini sehingga semua nabi dan Rasul di utuskan untuk menyebarkan tentang tiada ilah selain Allah sebagaimana firman Allah di atas.

Adakah kita sedar bahawa rukun Islam pertama ini ada ilmu dan amalannya? Mengapa syahadah terletak di kedudukan nombor satu dalam rukun Islam?

Terlalu banyak persoalan yang kita perlu jawapan.

Maka carilah… pelajarilah bahawa sesungguhnnya tiada Ilah selain Allah sebagaimana perintahNya dalam surah Muhammad ayat 19 (Fa’lam Annahu Lailaha illAllah)….

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel