Hukum sengaja memalingkan muka ketika bersua dengan tujuan menyombongkan diri adalah haram dan berdosa.
Firman Allah swt :
وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِي اللأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَجُوْرٍ
artinya : “Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” ( Luqman :18 )
Maka jelas memalingkan muka kerana sombong itu adalah dilarang olih Allah dan apabila terbilang sebagai sombong maka tidak akan dapat masuk syurga Allah di akhirat nanti.
Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan sebuah hadith dari Rasulullah saw katanya baginda bersabda :
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
artinya : “Tidak akan masuk ke dalam syurga siapa yang ada pada hatinya walau pun sedikit kesombongan.”
(Hadith Muslim)
Wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel