≡ Menu

Inilah Gambaran Syurga Yang Tertulis Dalam Al-Quran


Syurga itu merupakan salah satu tempat dan ganjaran bagi orang-orang yang beramal soleh dan berbuat kebaikan di dunia dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Bagaimana syurga yang sebenar itu tetap menjadi rahsia sehingga ke hari ini. Malah, menurut pandangan jumhur ulama’, hikmah dirahsiakan mengenai alam akhirat ini adalah untuk menguji manusia agar sentiasa percaya dan yakin dengan kuasa Allah.

Namun, Allah telah memberikan bayangan syurga melalui Al-Quran agar ia sentiasa menjadi pendorong dan semangat kepada manusia untuk berbuat kebaikan dan merebut ganjaranNya.

#1 – Usia Penghuni Syurga Yang Muda

يَدْخُلُ أَهْلُ الجَنَّةِ الجَنَّةَ جُرْدًا مُرْدًا مُكَحَّلِينَ

Maksud: “Penduduk syurga akan masuk syurga dalam keadaan jurdan (yang tidak berbulu), murdan (yang tidak berjanggut), hitam kelopak matanya (seperti bercelak) dan berumur 30 hingga 33 tahun.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi, no.2545)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2 – Terdapat Sungai Yang Mengalir

إِنَّ اللَّـهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

BACA:  Hari Yang Digalakkan Memotong Kuku? Ada Ke Dalam Islam? Atau Bida'ah Semata-mata

Mafhum: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera.” (Surah Al-Hajj, 22:23)

#3 – Pakaian Yang Diperbuat Daripada Sutera

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

Mafhum: “Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.” (Surah Al-Insaan, 76:21)

BACA:  9 Hak Bayi Islam Sebelum Dilahirkan. Perancangan Awal Sebelum Kelahiran Zuriat

#4 – Bidadari Sebagai Balasan Amal Kebaikan

وَحُورٌ عِينٌ
كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ

Mafhum: “Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.” (Surah Al-Waqiah, 56:22-23)

Kesimpulan

Allah telah memberikan umatNya panduan yang lengkap dan jelas dalam perjalanan menuju ke arah yang lurus, iaitu Al-Quran dan Sunnah. Allah juga menciptakan syurga dan neraka sebagai dorongan dan amaran kepada hambaNya untuk sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa.

Bukan mudah untuk sentiasa berada di atas jalan yang lurus, namun dengan panduan yang telah diturunkan olehNya, manusia tidak akan sesat jika sentiasa berpegang kepadaNya.

Wallahu a’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel