≡ Menu

Inilah Empat Amalan Sunah Seumpama Menunaikan Hak Ibadah


Solat, puasa, tilawah dan sedekah menjadi empat ibadah yang sangat ditekankan dalam Islam seperti disuruh Rasulullah SAW.

Sheikh Nawawi al-Bantani dalam kitabnya, Nashaihul ‘Ibad, iaitu kumpulan nasihat pilihan kepada hamba Allah SWT menyebut empat amalan sunah yang perlu diamalkan.

Beliau menulis sesiapa yang melaksanakan solat sunat rawatib 12 rakaat setiap hari, orang beriman itu sudah menunaikan hak solat.

“Sesiapa berpuasa tiga hari setiap bulan, maka dia sudah menunaikan hak puasa, manakala orang yang membaca 100 ayat setiap hari, dia menunaikan hak membaca.

“Sesiapa yang bersedekah satu dirham (2.975 gram perak atau RM6.75) setiap Jumaat, maka dia sudah menunaikan hak sedekah,” tulisnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sheikh Nawawi berkata, 12 rakaat sunat rawatib itu ialah dua rakaat sebelum solat Subuh yang juga dikenali sebagai solat sunat fajar; dua rakaat sebelum dan selepas solat Zuhur; empat rakaat selepas solat Asar dan dua rakaat selepas solat Maghrib.

BACA:  Merawat Tumit Merekah Dengan Menggunakan 2 Bahan Di Dapur

Beliau turut menyertakan perincian solat sunat rawatib yang berbeza dalam hadis riwayat Imam Tirmizi, iaitu dua rakaat solat sunat fajar; empat rakaat sebelum dan dua rakaat selepas solat Zuhur serta dua rakaat masing-masing selepas solat Maghrib dan Isyak.

Dalam menjelaskan puasa tiga hari setiap bulan, Sheikh Nawawi menegaskan maksudnya ialah puasa hari putih yang merujuk ketika bulan mulai terang hingga menjadi purnama kecuali pada Zulhijjah.

BACA:  Golongan Ini Akan Dibutakan Matanya Di Akhirat Kerana...

Beliau turut memetik kitab at-Tuhfah yang menyatakan hikmah disunatkan puasa tiga hari setiap pertengahan bulan dalam kalendar Hijrah disebabkan pahala puasa setiap hari itu digandakan 10, sekali gus menjadikannya seolah-olah berpuasa sebulan penuh.

Dalam konteks tilawah al-Quran pula, Sheikh Nawawi menyarankan umat Islam supaya membaca tujuh surah Munjiyyat setiap hari, iaitu as-Sajadah, Yasin, Fushilat, ad-Dukhan, al-Waqi’ah, al-Hasyr dan al-Mulk.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kita membaca ayat permulaan surah al-Hadid, ayat terakhir al-Hasyr, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas setiap pagi serta petang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel