≡ Menu

Inilah Besarnya Syafaat Selawat Ke Atas Nabi. Hadis-Hadis Ini Membuktikannya


Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya menjelaskan tentang maksud selawat di atas. Al-Bukhari menyatakan dari Abu ‘Aliyah bahawa “selawat Allah SWT kepada Nabi SAW bermaksud pujianNya di sisi makhluk yang mulia iaitu para malaikat. Manakala selawat para malaikat ke atas Nabi SAW pula bermaksud doa. Ada pun selawat orang beriman kepada Nabi SAW pula ialah memohon rahmat daripada Allah SWT supaya memberikan keutamaan, kemuliaan dan keselamatan ke atas Nabi Muhammad SAW.

Oleh yang demikian, setiap muslim sangat digalakkan untuk mengucapkan selawat ke atas baginda Nabi SAW kerana dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda Nabi SAW. Sebenarnya Nabi Muhammad SAW tidak memerlukan selawat-selawat daripada umatnya bagi mendapatkan kemuliaan kerana baginda sudah pun disebut oleh Allah SWT sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Ianya telah dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW di dalam banyak riwayat.

BACA:  Kedai Kek Islam di Jakarta Enggan Tulis Merry Christmas

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan selawat yang disebutkan oleh Nabi SAW kepada sesiapa yang sentiasa berselawat dalam
kehidupannya.

Allah akan berselawat sepuluh kali ke atas mereka yang berselawat ke atas Nabi sekali.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali“

(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, alNasa’I, Abu Daud)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dicatat baginya sepuluh kebaikan.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang berselawat ke atasku satu kali maka akan dicatat kepadanya sepuluh kebaikan”
(Riwayat Ahmad, sahih)

Dapat bersama Nabi SAW pada hari kiamat.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat ke atasku”
(Riwayat Al-Tirmizi: Hasan)

Orang yang berselawat ke atas Nabi SAW mendapat doa daripada malaikat.

Dari ‘Amir bin Rabia’ah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang hamba berselawat ke atasku melainkan para malaikat berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah samada sedikit atau banyak”.

(Riwayat Thabrani dan Ahmad, Hasan.)

Beroleh syafaat Nabi SAW bagi sesiapa yang berselawat dan memohonkan wasilah untuk baginda setelah azan.

Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash RA. Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin. Kemudian berselawatlah kepadaku kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah SWT akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Setelah itu mintalah kepada Allah al-wasilah untukku kerana sesungguhnya al-wasilah itu adalah satu kedudukan yang mulia di dalam syurga, yang tidak sepatutnya diberikan melainkan untuk seseorang daripada hamba Allah. Aku berharap akulah orang itu. Sesiapa yang memohon al-wasilah untukku, nescaya halal baginya syafaatku.

(Riwayat Muslim dan al-Tirmizi, sahih)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel