≡ Menu

Inilah Amalan Mencukur Kepala Bayi, Antara Adat dan Sunnah..Ibu Bapa Wajib Tahu!


Rasulullah saw bersabda :

مَعَ الْغُلَامِ عَقِيقَةٌ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى

artinya : “Bagi setiap anak ada aqiqahnya. Maka sembelihlah aqiqah untuknya dan buang daripadanya kotoran.” (Hadith Bukhari)

Menyebut olih Ibn Abdil Barr :

الحلق معنى أميطوا عنه الأذى

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Makna perkataan : “buang kotoran darinya” ialah mencukur rambutnya. (Kitab Al-Istidzkar)

Waktu Afdhal

Afdhal dicukur kepala bayi pada hari yang ketujuh kelahirannya.

Rasulullah saw bersabda :

الْغُلَامُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

artinya : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih pada hari yang ketujuh.” (Hadith Abi Daud, Tirmizi & Nasaai)

Bayi Lelaki Dan Perempuan

Sunat dicukur kepala bayi lelaki atau perempuan kerana hikmah perintah bercukur ini adalah supaya bersih bayi dari kotoran.

Inilah maksud sabda Rasulullah saw :

وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى

artinya : “dan buanglah daripadanya kotoran.”

Dari Ja’far bin Muhammad dari bapanya berkata :

وزنت فاطمة شعر حسن وحسين وزينب وأم كلثوم

artinya : “Telah menimbang olih Fatimah r.a. akan rambut Hasan, Husain, Zainab dan Ummu Kalsum.” (Hadith Imam Malik)

BACA:  [Hadis] Masalah Obesiti: Apa Pandangan Islam Dalam Hal Ini?

Bersedekah Timbangan Rambut

Setelah dicukur semua rambut di kepala bayi maka ditimbang rambutnya kemudian bersedekah dengan harga perak atau emas.

Jika harga perak RM100 se gram dan rambut bayi itu satu gram beratnya maka bersedekah kepada orang miskin sebanyak RM180.

Tersebut dalam Kitab Mausu’ah Al-Fiqhiyah :

ذهب الجمهور المالكية والشافعية والحنابلة إلى استحباب حلق شعر رأس المولود يوم السابع, والتصدق بزنة شعره ذهباً أو فضة عند المالكية والشافعية, وفضة عند الحنابلة. وإن لم يحلق تحرى وتصدق به. ويكون الحلق بعد ذبح العقيقة

artinya : Telah berjalan jumhur ulama mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali kepada disunatkan cukur kepala bayi pada hari yang ke tujuh dan bersedekah dengan timbangan emas atau perak di sisi mazhab Maliki dan Syafie dan timbangan perak sahaja di sisi mazhab Hanbali.”

Masalah Berkaitan :

1- Jika terlupa mencukurnya pada hari yang ke tujuh bagaimana?

Bolih dicukur pada hari-hari yang lain.

2- Jika isteri melarang dicukur kepala bayi dengan alasan bayi akan kelihatan tidak cantik bagaimana?

Bayi tetap cantik dalam apa jua keadaan. Yang tidak cantik ialah dicukur kepala isteri.

3- Jika diberi alasan sayang rambut bayi yang cantik akan hilang bila dicukur?

BACA:  5 Tahun Tinggal Solat Subuh Sebab Surau Jauh Fara Fauzana Kongsi Kisah Hidupnya

Selepas bercukur rambut yang sama cantik akan tumbuh bahkan lebih bersih dan sihat.

4- Apa hukum hanya dicukur jambulnya sahaja?

-Ini bukan sunnah hanyalah adat yang tidak betul. Yang sunnah ialah mencukur semua rambut bayi. Tetapi jika digunting atau dicukur sedikit dulu ketika majlis bercukur sedang berlangsung kemudian selesai majlis dicukur semuanya maka ia adalah betul.

5- Wajibkah bermarhaban atau berselawat ketika mencukur kepala bayi?

-Ia bukan wajib dan bukan sunnah tetapi tidak menjadi kesalahan dan yang berselawat mendapat pahala.

6- Pada setengah tempat rambut yang telah dicukur diletakkan dalam potongan buah kelapa. Apakah haram hukumnya?

– Tidak ada ditentukan dalam mana hadith atau fatwa ulama rambut mesti diletakkan pada mana-mana bekas. Ikut suka hatilah mahu letak dalam bekas apa pun samada buah kelapa, buah durian atau dalam tong dram sekalipun.

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original) 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel