≡ Menu

IMAMS dibatal sehari selepas dikuatkuasa


Sehari selepas dikuatkuasakan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah. Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, pembatalan itu dibuat selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri, lapor Astro Awani.

Perkara itu turut diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan ringkas di laman sosialnya hari ini. Menurut Bernama difahamkan pihak kementerian akan mengadakan sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 6 petang ini.

BACA:  11 Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Ketika Berwudhu. Awas, Solat Tidak Diterima

Semalam, Mas Ermieyati memberitahu kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan IMAMS bagi permohonan visa umrah, berkuat kuasa serta merta.

Katanya, sistem itu dilaksanakan bertujuan untuk menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Terdahulu hari ini Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan mengapa setiap permohonan visa umrah perlu membayar RM47.70 termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada IMAMS.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Katanya selain itu jemaah umrah juga perlu membayar insurans sebanyak RM90.10 termasuk GST bermula 1 Januari 2018.

Beliau turut meminta penjelasan sama ada benar pegawai operasi IMAMS disandang oleh individu bukan Islam.

Katanya, carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu terdiri daripada seorang Melayu sebagai pengarah, manakala tiga setiausahanya berketurunan Cina.

Katanya perkara itu bercanggah dengan kenyataan kementerian sebelum ini yang memaklumkan lembaga pengarah IMAMS dan pemegang saham syarikat terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam.

Sumber: Malaysiakini

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel