≡ Menu

Ibu Bapa Perlu Alert Bila Anak Anak Ihtilam. Ketahui Apa Itu Ihtilam


tanda-tanda seseorang itu mencapai umur baligh adalah mimpi basah atau ihtilam. Apa itu ihtilam? Ihtilam akan berlaku ketika seseorang itu tidur dan bangun dalam keadaan basah dipenuhi dengan air mani.

Bagi anak remaja yang meningkat dewasa, keadaan ini adalah wajar untuk menunjukkan organ reproduksi mereka sudah berfungsi secara normal.

Namun, apa yang patut ibu bapa lakukan untuk memberitahu tentang kejadian ihtilam ini kepada anak-anak? Mungkin, sesetengah ibu bapa malu dan tidak perasan untuk memberitahu perkara sebenar kepada anak mereka kali pertama keluar air mani.

Ikuti perkongsian daripada Cikgu Fadhli mengenai cara untuk terangkan kepada anak mengenai Ihtilam.

BACA:  Ini Tanda Tanda Makanan Harian Kita Tinggi Kolestrol. Waspada Dengan Tanda Tanda Ini

1. Ihtilam ialah proses keluar air mani bagi anak lelaki kali pertama. Bagi anak, ini adalah pengalaman kali pertama mereka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Sebelum anak mengalami proses Ihtilam, ibu ayah dah perlu kongsi/ceritakan mengenai (a) apa itu Ihtilam, (b) sebab berlaku ihtilam. Biasanya berkisar mimpi best, seronok, apa yang seronok. Mimpi apa biasanya. Ayah ceritakan ikut pengalaman dan maklumat pembacaan.

3. Mak ayah ceritakan apa yang berlaku semasa ihtilam. Ceritakan tempat tidur akan basah. Ada air akan keluar. Tapi bukan kencing. Komposisi dan keadaan air mani perlu di cerita.

Contoh ; “Abang, nak kenal air mani, air mani ni pekat, hanyir dan berwarna putih. Bila basah, air mani pekat. Bila kering, di kain atau seluar air mani ini terasa keras sedikit” Terangkan dengan detail tentang air mani.

BACA:  Makan Kicap, Anak Jadi Gelap Itu Tahyul Semata-Mata! Baca Fakta Dari Sudut Perubatan Ini

4. Ajar anak mandi wajib selepas tahu mengalami ihtilam.

Selepas itu anak pasti tanya; “Mak ayah, air mani ni apa beza dengan air kencing? Apa tu air mani ?”.

jadi, kita sebagai ibu bapa jangan malu untuk jelaskan perkara sebenar kepada anak-anak di rumah. Ini sebagai satu pembelajaran baharu untuk mereka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel