Aslkm…utk org yg musafir wajib ke solat jumaat.ada pndapat kata kalu gerak lpas subuh kena solat jumaat,kalu gerak sblum subuh x wajib solat…
Persoalannya mengenai keluar bermusafir sebelum subuh pada hari jumaat.. adakah terlepas daripada kewajiban melakukan solat jumaat?
Jawapan kami;
Secara asasnya, tidak diwajibkan solat Jumaat bagi orang musafir yang harus sama ada musafir jauh mahupun dekat sekiranya dia keluar dari tempat permukimannya sebelum fajar (subuh) hari Jumaat (Busyra al-Karim).
Walaubagaimanapun, keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir ini adalah sekiranya dia keluar musafir sebelum terbit fajar (subuh) pagi Jumaat tersebut. Adapun jika dia bermusafir selepas terbit fajar (subuh) pagi Jumaat tersebut, maka ketika itu dia wajib menunaikan solat Jumaat pada hari berkenaan.
Disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari;
يحرم على من تلزمه الجمعة السفر ولو لطاعة بعد فجر يومها إلا إن تمكنه الجمعة في طريقه أو مقصده أو يتضرر بتخلفه عن الرفقة
“Haram musafir ke atas orang yang wajib solat Jumaat walaupun kerana musafir ketaatan (wajib atau sunat) selepas fajar hari Jumaat melainkan jika dia boleh solat Jumaat dalam perjalanannya atau di tempat tujuannya atau dia akan mudarat dengan sebab ketinggalan daripada temannya (rombongannya).”(Tuhfah al-Tullab).
اليسع
Wallahu a’lam.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel