≡ Menu

Hukum Pakai Inai Bentuk Tatu


Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan: Saya ada pertanyaan..boleh tak pengantin perempuan lukis inai.adakah ianya merupai tatu? Terima kasih..

Jawapan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

BACA:  Mesin Tikam Claw? Wajar ke Anak-Anak Main?

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis-hadis yang masyhur; dan diharamkan kepada lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dari mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain-lain.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara’. Nabi SAW bersabda:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang lelaki untuk memakai wangian Za’faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za’faran.

BACA:  7 Pesanan Allah Yang Kita Pernah Baca, Tapi Tak Pernah Ambil Peduli

4. Hadis dari Abu Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah SAW bersabda: “Kenapa dengan lelaki ni?” Para sahabat menjawab: “Dia menyerupai wanita” Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie’.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.

Berkenaan dengan lelaki yang memakai inai di tangan dan kaki, ulama melarangnya. Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata, Imam asy-Syafi’e rahimahullah melarangnya kecuali bagi tujuan perubatan, sebagaimana Islam melarang seorang lelaki menyerupai wanita.

Dalilnya:

Ibnu Abbas r.anhuma dia berkata: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang meyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, ad-Darimi, ibn Majah dan at-Tirmidzi)

www.islamituindah.info

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel