≡ Menu

Hukum Menggunakan Perkakasan Dapur Orang Bukan Islam. Perlu Baca


SOALAN:

assalamualaikum ustaz. apa hukum kita guna bekas makanan yang telah digunakan oleh non muslim untuk makan benda haram seperti babi dan arak?mohon pencerahan.terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Hukumnya cukup kita basuh sahaja perkakas itu dengan air berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Tha`labah al-Khusyani yang bertanya kepada Baginda SAW:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمُ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمُ الْخَمْرَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا، وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا»

BACA:  14 Sebab Kenapa Rumah Mak Kita Dulu-Dulu Ada Wajib Ada Daun Pandan!

Maksudnya: “Sesungguhnya kami berjiran dengan Ahli Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk-periuk mereka dan biasa meminum khamar di dalam bekas-bekas mereka. Rasulullah SAW menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan (perkakas-perkakas) yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat selainnya maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”

Riwayat Imam Abi Daud dalam Sunan-nya (3839)

Asal hukum perkakas itu ialah suci dan arahan membasuh yang terkandung dalam hadis di atas ialah sunat, kerana orang bukan Islam tidak menghindarkan diri mereka daripada bahan-bahan bernajis.

Rujuk al-Mu’tamad (1/50-51)

Namun apabila jika jelas dan nampak adanya kegunaan bagi najis berat seperti khinzir, maka hendaklah dibasuh tujuh kali dengan air mutlak serta salah satunya daripada basuhan air bercampur tanah.

BACA:  Nabi Pesan Supaya Jangan Ambil Mudah Tentang Perkara Ini! Baca Hadis Ini

 

Dalilnya ialah:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Penyucian bekas salah seorang daripada kalian apabila dijilat anjing dengan membasuh tujuh kali, yang pertamanya dengan tanah (dalam riwayat lain: salah satunya dengan tanah).

Riwayat Imam Muslim (279)

Wallahua’lam.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel