≡ Menu

Hukum Menangis Ketika Solat. Batalkah Solat Kita?


Pernah terdengar mengenai kisah para sahabat saat diperdengarkan alunan ayat suci, mereka akan mengalirkan air mata kerana terlalu menghayati maksud di sebaliknya.

Tambah lagi apabila kalam tersebut dibacakan sewaktu solat yang diimamkan Baginda SAW. Berbagai perasaan yang wujud dan bercampur baur tatkala diperdengarkan alunan tersebut.

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُصَلِّى وَفِى صَدْرِهِ أَزِيزٌ كَأَزِيزِ الرَّحَى مِنَ الْبُكَاءِ -صلى الله عليه وسلم-

Maksud: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW solat, ketika itu Baginda menangis. Rintihan air mata Baginda telah jatuh ke dadanya dengan banyaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 904)

Seringkali juga kita ditularkan dengan video imam yang menangis membacakan ayat suci Al-Quran dan makmum yang turut teresak-esak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Walau bagaimanapun, mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga menganggu bacaan ketika solat boleh menyebabkan batalnya solat.

BACA:  Serangan Arab Saudi membunuh 136 orang awam di Yaman, kata PBB

Jadi, adakah dibolehkan menangis di dalam solat kerana terlalu menghayati ayat suci Al-Quran atau disebabkan terkenangkan dosa-dosa yang lalu?

Menurut jumhur ulama’ seperti Syeikh Muhammad bin Salih Al-‘Utsaimin, beliau berkata –

“Menangis di dalam solat kerana takut pada Allah dan teringatkan akan hari akhirat, menghayati alunan al-Quran atau takut dengan azab yang digambarkan Allah melaluinya (Al-Quran), maka tidak akan batal solatnya – dengan syarat ia merupakan tangisan yang tidak berbunyi kuat atau sehingga menganggu bacaan solat.” (Fatawa Nur ‘ala Ad-Darb, 9:141)

Menurut Mazhab Syafi’e, jika tangisan itu tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan berlaku pergerakan yang banyak dan mengganggu bacaan solat itu, maka terbatal solatnya.

BACA:  Campur Makanan Laut Dan Darat. Adakah Betul Ia Dilarang? Baca Selanjutnya

Menangis di dalam solat merupakan amalan orang-orang soleh dan umat terdahulu. Malah, menerusi surah Al-Anfal, ayat 2, Allah berfirman bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati-hati mereka.”

Oleh itu, tidak batal solat jika menangis kerana menghayati alunan Al-quran atau takut akan azab seksaNya, namun jangan sehingga mengganggu bacaan solat atau menyebabkan pergerakan yang banyak.

Wallahu a’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel