≡ Menu

Hukum Memasak Makanan Untuk Keluarga Si Mati


Al-Imam As-Syafi’i dalam Kitab Al-Umm berkata :

وأحب لجيران الميت أو ذي قرابته أن يعملوا لأهل الميت في يوم يموت وليلته طعاما يشبعهم فإن ذلك سنة وذكر كريم وهو من فعل أهل الخير قبلنا وبعدنا لأنه لما جاء نعي جعفر قال رسول الله صلى الله عليه وسلم اجعلوا لآل جعفر طعاما فإن قد جاءهم أمر يشغلهم

Artinya: Dan saya menghukumkan sunat bagi jiran atau kaum kerabat bagi ahli mayat membuat makanan untuk keluarga mayat pada hari meninggal tersebut dan pada malam harinya yang dapat menyenangkan mereka. Perkara itu adalah sunnah dan merupakan sebutan yang mulia dan merupakan amalan orang-orang yang menyenangi kebaikan. Ini adalah kerana ketika sampai berita wafatnya sahabat Ja’far ra, maka Rasulullah saw bersabda : “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka” (Musnad Imam Syafi’i & Al-Umm)

BACA:  7 Fadhilat Solat Tahajud Yang Sangat Besar! Ruginya Tak Buat Sebelum Ni!

Keterangan

– Sunat hukumnya apabila berlaku suatu kematian maka jiran-jiran atau sanak saudaranya memasak makanan kemudian dihantar ke rumah keluarga mayat suapaya mereka memakannya pada hari kematian itu dan pada malamnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

– Tujuan memasak makanan dan dihantar kepada keluarga mayat adalah kerana meringankan beban mereka yang sibuk dengan menguruskan mayat seperti memandikan, menyediakan kain kafan, menggali kubur dan lain-lain.

– Tidak ditentukan lauk yang sedap dan mewah. Memadai dengan nasi dan lauk yang mengenyangkan orang-orang memakannya.

– Perintah ini sudah jarang dikerjakan di tempat kita olih itu elok kita mengamalkannya kembali mudah-mudahan mendapat pahala yang besar dari sisi Allah dan keampunanNya.

Rasulullah saw bersabda :

خَيْرُ النَّاسِ اَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

artinya : Sebaik-baik orang adalah yang dapat memberi manfaat kepada sesama manusia.

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original) 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel