Berkata Ibnu Mas’ud r.a. :
كَانَ مِنَ اْلأَنْصَارِ رَجـُلٌ يُقَالُ لُهُ أَبُوْ شُعَيْبُ وَكَانَ لَهُ غُلاَمٌ لِحَامٌ فَقَالَ اِصْنَعْ لِي طَعَامًا اُدْعُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَامِسَ خَمْسَةٍ فَدَعَا رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَامِسَ خَمْسَةٍ فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ فَقَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكَ دَعَوْتَنَا خَامِسَ خَمْسَةٍ وَهذَا رَجُلٌ قَدْ تَبِعَنَا فَإِنْ شِئْتَ اْذَنْ لَهُ وَإِنْ شِئْتَ تَرَكْتُهُ قَالَ بَلْ أَذْنْتُ لَهُ
artinya : “Adalah dari kalangan kaum Ansar seorang lelaki yang biasa dipanggil Abu Syu’aib dia mempunyai seorang anak lelaki tukang daging. Dia berkata kepada anaknya : “Buatkan bagiku makanan yang aku akan undang lima orang termasuk Rasulullah. Maka mengikut akan mereka itu olih seorang lelaki maka Rasulullah saw pun berkata : Engkau mengundang kami makan lima orang wahai Aba Syu’aib dan lelaki ini telah mengikut kami. Maka jika mahu, engkau benarkanlah dia makan bersama dan jika engkau tidak benarkan, kami tinggakannya. Maka berkata Abu Syu’aib : Aku benarkan baginya.” (Hadith Bukhari)
Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda :
وَمَنْ دَخَل عَلَى غَيْرِ دَعْوَةٍ دَخَل سَارِقًا، وَخَرَجَ مُغِيرًا
artinya : “Dan barangsiapa menghadiri kenduri tanpa diundang maka dia datang sebagai pencuri dan keluar sebagai perompak”. (Hadith Abu Dawud)
Berkata Imam Nawawi :
يحرم التطفل واستثنى المتولي وغيره فقالوا إذا كان في الدار ضيافة جاز لمن بينه وبين صاحب الطعام انبساط أن يدخل ويأكل إذا علم أنه لا يشق عليه
artinya : Haram hukumnya menceroboh jamuan. Imam Al-Mutawally dan lainnya berkata tidaklah haram bagi tetamu yang antaranya dan antara tuan rumah berbaik-baik dan haruslah dia datang dan makan jika tidak menyusahkan tuan rumah. (Kitab Ar-Raudhah At-Tolibin)
Berkat Syeikh Zakaria Al-Ansari :
ويحرم التطفل وهو حضور الوليمة من غير دعوة إلا إذا علم رضا المالك به لما بينهما من الأنس والانبساط
artinya : Dan haram hukumnya datang ke majlis jamuan tanpa diundang kecuali bila diketahui kerelaan dari tuan rumah sebab diantara keduanya adalah baik-baik sahaja.(Kitab Syarah Bahjah)
wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel