≡ Menu

Hukum Ketua Rumah Mengambil Upah Dalam Rumah Sewa


SOALAN
Apakah hukum jika seorang yang dilantik menjadi ketua rumah oleh pemilik rumah, lalu ketua rumah tersebut mengambil upah di atas kerja-kerja yang dilakukannya seperti mengutip sewa dan membayar bil? Mohon penjelasan.

JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Antara maqosid al-Syariah yang lima yang perlu dijaga di dalam agama Islam ialah menjaga harta (hifz al-mal). Harta disenaraikan sebagai perkara dharuriyyat kerana harta adalah keperluan kepada seluruh manusia untuk mencapai sesuatu perkara seperti makan, minum, tempat tinggal dan lain-lain. Justeru, perkara seperti ini amat dijaga di dalam Islam. Firman Allah SWT:

BACA:  Sebab-Sebab Kita Gagal Mendapatkan Redha Allah. Subhanallah

إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Maksudnya : “..kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu..”

(Surah al-Nisa’ : 29)

Penindasan hak harta seseorang mungkin akan berlaku jika sehingga timbul perasaan tidak berpuas hati serta saling tidak meredai dalam kalangan manusia. Penerangan berkaitan perihal rumah sewa perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada setiap penyewa agar tidak timbul isu tidak meredai atau tidak berpuas hati di kalangan ahli rumah. Begitu juga berkenaan pelantikan ketua rumah tersebut yang disertai dengan upah yang di ambil dari duit sewaan ahli rumah yang lain perlu juga dinyatakan dengan jelas kepada semua ahli rumah.

KESIMPULAN

Dalam isu ini kami berpandangan bahawa perlu diadakan perbincangan di antara ahli rumah dan pemilik rumah dalam menentukan kaedah pembayaran wang sewa kepada tuan rumah. Dibenarkan dan dibolehkan kepada ketua rumah untuk mengambil upah tersebut jika telah disepakati dan diredai oleh ahli rumah yang lain. Namun sebaliknya, jika dibangkang atau tidak diredai oleh sesama ahli rumah, maka hukumnya di sini adalah haram untuk mengambil harta daripada wang pembayaran sewa rumah tersebut sebagai upah kepada ketua rumah. Perkara ini kerana uruf melihat bahawa kerja-kerja seperti mengutip sewa kebiasaannya tidak memerlukan kepada upah terhadap pengutipnya. Namun begitu, tuan rumah boleh melantik ketua rumah tersebut dan membayar sendiri upah tersebut dengan hartanya sendiri.

BACA:  First Time ‘Datang Bulan’ Bagi Remaja Perempuan, Apa Perlu Buat?

Wallahu’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel