≡ Menu

Hukum Kanak-Kanak Solat Di Saf Dewasa. Apakah Benar Yang Kita Amalkan Selama Ini?


HARUS bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf (orang dewasa), tidak kira samada di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka berada bersama-sama dengan golongan dewasa, sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara ini adalah pendapat yang Mu’tabar, dalam Mazhab Syafi’iyah seperti yang dijelaskan oleh Profesor Dr Wabbah Az-Zuhaili di dalam ‘Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu’ (Jilid 1, Halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah & najis yang kelihatan.

Sebagai Dalil, Baginda Nabi Muhammad SAW telah meletakkan Abdullah Abbas di sebelahnya di dalam Solat Berjamaah dan Baginda SAW tidak pernah menempelak, menghalau & menengking anak yang sudah berada di dalam Saf (berada di dalam Saf hadapan, bersama orang dewasa), seperti yang kerap berlaku di kebanyakan Masjid di negara kita ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu saf yang berlainan (lazimnya di bahagian belakang, agak jauh dari Saf bersama orang dewasa).

BACA:  Hukum Dan Tatacara Mencukur Bulu Kemaluan Menurut Islam. Jangan Hentam Kromo

Apa yang pasti ialah Baginda Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kanak-kanak (anak-anak) mereka berada hampir dan bersama ibubapa atau penjaga mereka, supaya mereka tidak mengganggu Solat Berjamaah yang sedang dilakukan. Perkara ini disebutkan dengan jelas oleh Ulama’ Hadis seperti Al-Manawi di dalam ‘Faidhil Qadir’ dan Az-Zailaghi di dalam ‘Nasbur Rayah’ (Jilid 2, Halaman 491).

BACA:  Panduan Atasi Ketagihan Karbohidrat dengan Detoks! Tiada Lagi Masalah "SAYA TAK BOLEH KALAU TAK MAKAN NASI"

Justeru, pendapat yang mengatakan Solat menjadi batal jika disebabkan kehadiran anak (kanak-kanak) yang belum berkhatan di dalam Saf (hadapan, bersama orang dewasa) adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu) seperti yang diperjelaskan oleh Ulama’ hadis & ramai Ulama’ Fiqh daripada kalangan Fuqaha terkenal. Pendapat yang mengatakan Solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama’ dari kalangan Hanafiyah dalam ‘Raddul Muhtar’ tertolak kerana bertentangan dengan Hadis Sahih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Wallahu’alam…

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel