≡ Menu

Hukum Berbohong Untuk Mengelakkan Perasaan Riak. Apa Hukumnya?


Penulis teringat akan situasi yang pernah terjadi semasa zaman persekolahan, apabila ditanyakan kepada seorang rakan mengenai amalannya malam tadi, sama ada beliau mengerjakan solat Tahajud atau tidak.

Rakan tadi kemudiannya menjawab tidak, sedangkan sebenarnya beliau mengerjakan solat Tahajud. Alasan beliau menipu adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya perasaan riak apabila orang lain mengetahui amalan murninya tersebut.

Begitu juga dengan situasi beberapa orang kawan yang lain apabila ditanya – adakah mereka berpuasa sunat Isnin atau Khamis hari ini, rata-ratanya akan menjawab tidak, sedangkan mereka berpuasa.

Ia adalah dengan alasan yang sama, iaitu untuk mengelakkan daripada wujudnya perasan riak. Sikap untuk mengelakkan diri daripada riak itu adalah amalan yang terpuji, namun apakah ia boleh dilakukan berlandaskan penipuan?

Konsep Tauriah Dalam Islam
Tauriyah bermaksud menyembunyikan sesuatu. Dalam erti kata lain, ia mengucapkan perkataan yang memiliki lebih daripada satu makna.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut Ustaz Mohd Nuzul Zikry, beliau berkata, dalam konteks ini anda tidak menipu tetapi menyembunyikan maksud yang sebenar dengan mengungkapkan perkataan yang boleh difahami secara umum.

BACA:  Kadang Kadang Tak Perasan. Ini 10 Dosa Suami Terhadap Isteri

أَن يَتَكَلَّمَ المُتَكَلِّمُ بِكَلَامٍ لَهُ مَعْنَى ظَاهِر مُتَبَادِر لِلسَّامِعِ، وَلَهُ مَعْنَى آخَر خَفِي. وَمَقْصُودُ المُتَكَلِّم هُوَ هَذَا المَعْنَى الخَفِي، إِلا أَنَّهُ وَرَّاهُ وَأَخْفَاهُ بِذَلِكَ المَعْنَى الظَاهِر المُتَبَادر

Maksud: “Seseorang yang mengungkapkan suatu lafaz yang mempunyai dua makna. Pertama makna dekat dan jelas yang mudah difahami (ditangkap oleh akal). Kedua, makna jauh yang samar yang tidak mudah difahami oleh akal. Namun, yang kehendaki daripada lafaz tersebut adalah makna jauh dan dia menyembunyikan perkara yang zahir dengannya.” (Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 1:201)

Sebagai contoh, apabila ditanya adakah anda seorang yang kaya atau tidak -jawapan yang boleh diberi ialah Alhamdulillah untuk kecukupan rezeki ini. Ia adalah untuk mengelakkan daripada anda berasa bangga dengan kekayaan yang ada.

Dalam konteks ini, tidak menyatakan kebenaran bukan bermaksud menipu, namun menyembunyikannya dengan alasan untuk mendapatkan manfaat kepada diri sendiri atau orang lain. Tambahan pula, amalan yang dilakukan tidak menyalahi syariat.

Hukum tauriah adalah harus berdasarkan keperluan dan hajat. Ia juga menekankan kepada beberapa syarat, iaitu:

#1 – Tidak menipu walaupun berniat untuk menyembunyikan sesuatu.

BACA:  Doa Secara Diam-Diam, Tetapi Dimakbulkan Allah. Subhanallah

#2 – Dilakukan bersebab seperti terdapat situasi yang tidak boleh dielakkan dan untuk menolak kemudaratan.

#3 – Dengan tujuan yang baik, bukan untuk menghalalkan sesuatu yang haram.

#4 – Tidak menzalimi seseorang seperti mengambil hak orang lain.

Jadi, dalam situasi ini adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada menipu kerana ia merupakan perbuatan yang dilarang, sama ada kecil atau besar. Menurut pendapat jumhur ulama’ lain juga, menipu walau dalam keadaan apa pun adalah dilarang.

إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Maksud: “Jauhilah kalian daripada sikap suka berbohong kerana berbohong akan memmbawa kepada perbuatan kemaksiatan dan perbuatan kemaksiatan akan membawa ke neraka. Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.

Wallahu a’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel