Hipertiroid merupakan salah satu masalah yang sering kali diperkatakan di Malaysia. Terutamanya jika seseorang itu mempunyai mata yang terjegil(terbuka besar) dan juga benjolan di bahagian leher. Dia mungkin mengalami masalah hipertiroid.
Istilah perubatan
Goiter: Pembengkakan pada kalenjar tiroid
Nodul: Benjolan pada tisu
Autoimun: masalah dimana sel pertahanan badan menyerang sel badan sendiri
Masalah Hipertiroid
Hipertiriod adalah masalah kesihatan yang melibatkan penghasilan hormon thyroid yang berlebihan daripada kalenjar thyroid. Peningkatan hormon thyroid akan menyebabkan ubahsuai pada sistem badan dan ia menghasilkan beberapa simptom dan masalah daripada perkara tersebut.
Simptom inilah yang dikatakan sebagai masalah hipertiroid
Kalenjar tiroid adalah berbentuk seperti rama-rama dan terletak dibahagian hadapan leher. Dua hormon yang terhasil daripada kalenjar thyroid adalah hormone thyroxine(T4) dan juga triiodothyronine(T3) dan majoriti hormon yang dihasilkan adalah hormon thyroxine.
Beberapa keadaan yang selalu menyebabkan masalah hipertiroid adalah :
Toksik goiter secara keseluruhan(Diffuse toxic goiter)- sebagai contoh penyakit Graves(Graves Disease)
Toksik goiter yang mempunyai banyak nodul(Multinodular goiter)
Toksik goiter yang mempunyai satu nodul(Toxic adenoma)
Fisiologi tiroid
Penghasilan hormon thyroxine dipengaruhi oleh satu hormon lain yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid(Thyroid stimulating hormone). Hormon perangsang ini dihasilkan oleh satu struktur di bahagian otak yang dikenali sebagai kalenjar pituitari.
Hormon perangsang ini akan menyebabkan satu reaksi berlaku pada sel tiroid dan ia akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine. Oleh itu jika hormon perangsang itu dihasilkan secara berlebihan, ia juga akan menyebabkan penghasilan hormon thyroxine yang berlebihan.
Tetapi badan kita mempunyai satu mekanisma untuk menghalang penghasilan hormon perangsang secara berlebihan. Iaitu ketika mana hormon thyroxine menjadi tinggi, ia akan dikesan oleh kalenjar pituitari. Kalenjar pituitari sendiri akan mengurangkan penghasilan hormon perangsang tiroid jesteru mengurangkan penghasilan hormon thyroxine
Mekanisma ini akan mengelakkan seseorang itu mempunyai hormon tiroid yang tinggi. Kecuali jika ia mempunyai masalah yang lain
Bagaimana Hipertiroid berlaku?
Seperti yang telah diterangkan di atas bahawa terdapat satu mekanisma yang mengawal penghasilan hormon thyroxine supaya ia tidak dihasilkan secara berlebihan.
Tetapi terdapat keadaan dimana mekanisma itu dikacau oleh faktor luar. Sebagai contoh dalam penyakit Graves(graves disease), multinodular goiter, pituitary adenoma dan sebagainya
Penyakit Graves(graves disease)
Di dalam penyakit graves, satu antibodi terhasil untuk menentang reseptor yang terletak pada sel tiroid. Ketika mana ia melekat pada reseptor tersebut, ia akan menyebabkan sel tiroid tersebut menghasilkan lebih banyak hormon thyroxine.
Boleh dikatakan penyakit graves adalah salah satu penyakit autoimun dimana badan menghasilkan antibodi untuk melawan sel normal di dalam badan. Tetapi dalam penyakit Graves, antibodi tersebut menyerang reseptor pada bahagian sel tiroid dan kesannya adalah penghasilan hormon tiroid secara berlebihan.
Ini adalah salah satu gangguan luar yang berlaku dan merosakkan mekanisma kawalan hormon tiroid. Hasilnya, hormon thyroxine dalam darah akan meningkat dan menyebabkan simptom-simptom hipertiroid. Manakala, hormon perangsang tiroid pula akan berkurangan hormon thyroxine akan merencat rembesan hormon perangsang di kalenjar pituitari.
Oleh itu, dalam penyakit Graves, bacaan hormon thyroxine akan tinggi tetapi bacaan hormon perangsang tiroid akan rendah
Goiter berserta satu nodul ataupun mempunyai nodul yang banyak
Dalam kes ini, sel tiroid sendiri membesar dan menghasilkan hormon tiroid yang lebih banyak. Ia tidak berlaku pada keseluruhan kalenjar tiroid tetapi hanya berlaku pada satu-satu kawasan sahaja.
Selalunya leher pesakit akan kelihatan mempunyai benjolan disebabkan perkara tersebut.
Pituitary Adenoma
Terdapat keadaan dimana kalenjar pituitari membesar dan menghasilkan hormon perangsang tiroid dengan lebih banyak. Keadaan tersebut dinamakan sebagai pituitary adenoma. Hormon perangsang tiroid yang tinggi akan menyebabkan kalenjar tiroid menghasilkan hormon thyroxine dengan lebih banyak.
Oleh itu, keadaan ini akan menyebabkan kedua-dua bacaan hormon thyroxine dan juga hormon perangsan tiroid tinggi.
Bacaan-bacaan yang berbeza ini akan memberitahu para doktor lokasi sebenar masalah hipertiroid tersebut. Adakah ia berpunca daripada kalenjar tiroid itu sendiri, kalenjar pituitari ataupun disebabkan pekara lain.
Simptom
Pesakit yang mempunyai masalah hipertiroid akan mengalami simptom yang sama ketika saraf sympathetic diaktifkan.
Saraf sympathetic merupakan salah satu saraf yang dikawal oleh badan secara automatik tanpa seseorang sedar. Ia akan diaktifkan ketika mana seseorang itu merasa terancam sehingga mana wujud dalam dirinya samada perasan untuk melarikan diri ataupun untuk melawan. Oleh itu, saraf sympathetic akan menyediakan badan untuk melakukan perkara tersebut.
Simptom-simptom hipertiroid adalah:
Perasaan risau
Rasa berdebar-debar
Gemuruh
Tidak tahan panas
Pesakit hipertiroid juga akan mempunyai tanda-tanda seperti
Denyutan nadi yang laju
Tekanan darah tinggi
Pandangan mata yang seolah-olah sedang terbelalak
Tangan yang menggelatar secara halus
Reflex yang berlebihan(hyperreflexia)
Keadaan otot yang lemah
Berat badan yang berkurangan
Pesakit yang sudah berumur selalunya akan mengalami masalah rentak jantung yang tidak normal.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel