
Jerawat memang menyakitkan, sama ada di wajah atau badan. Jerawat boleh membunuh mood kita semua!
Tahukah dengan mandian garam, anda boleh menyingkirkan kotoran serta jerawat. Kini, terapi menggunakan garam telah dikesan dan diketahui sebagai satu rawatan berkesan dalam membantu proses meremajakan sel dan juga mendorong pertukaran sihat mineral dan toksin antara darah dan air.
Bagusnya terapi mandian garam sampaikan anda boleh mendapat 7 manfaat di bawah:
Membantu dalam pembersihan kulit
Garam mandian mengandungi nutrien semulajadi. Apabila digunakan dalam bentuk terapi, ia membantu membersih dan menyahtoksinkan kulit secara semulajadi. Ia membantu mengurangkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Ia turut membantu dalam proses memperbaiki tekstur kulit anda.
Membantu meringankan kesakitan otot
Terapi mandian garam membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan, yang seterusnya membantu untuk merehat dan mengurangkan kesakitan otot. Garam mandian adalah terapi yang baik untuk masalah arthritis kerana ia melegakan sakit-sakit sendi.

Membantu dalam masalah kulit
Terapi mandian garam membantu untuk mengelupaskan kulit. Ia membantu untuk mengelakkan masalah jerawat dan eczema. Ia juga membantu untuk mengurangkan keadaan rosacea pada kulit wajah.
Membantu untuk berehat
Terapi mandian garam boleh digunakan dalam bentuk yang berbeza. Terapi garam mandian lavender membantu badan untuk berehat dan mengurangkan tekanan. Terapi garam mandian oren pula adalah baik untuk merawat ketidakselesaan pada kulit dan masalah kulit kering. Selain itu, terapi mandian garam serai membantu mengaktifkan semula badan dan mengurangkan sakit kepala.
Membantu mereka yang mengalami insomnia
Garam mandian mengandungi mineral semula jadi dan nutrisi hebat. Ia membantu dalam menenangkan tubuh badan secara menyeluruh. Oleh itu, terapi ini sangat baik buat mereka yang mengalami masalah insomnia (sukar untuk tidur malam).
Membantu dalam sesi aromaterapi
Sesi aromaterapi membantu untuk memberi kesegaran baharu pada tubuh seseorang. Terapi mandian garam boleh digunakan dalam pelbagai sesi aromaterapi. Ia membantu untuk membuka liang-liang kulit, sekaligus membersihkan badan secara menyeluruh.
Membantu menghilangkan kotoran dan peluh
Terapi garam mandian air panas membantu untuk menghilangkan kotoran dan toksin berbahaya dari tubuh badan. Anda juga boleh menghilangkan masalah peluh berlebihan dengan melakukan terapi ini.
Baguskan? Selamat Beramal!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel