Hangat diperkatakan oleh netizen tentang Safiey Ilias yang nampak seperti mahu kembali ke zaman silamnya yang dulu. Kebanyakkan netizen mengatakan bahawa Safiey Ilias hanya berlakon untuk mengimbas kembali zaman silamnya. Tetapi gimik marketingnya itu telah menimbulkan pelbagai fitnah.
Berikut adalah komen netizen di Facebook tentang isu ini:
“Kalau betul dia dah berubah jadi pondan semula, memanglah saya rasa tertipu dan pastinya saya akan boikot produk dia. Bila kita sokong, dia mempermainkan kita dan menganggap kalau dia berpaling arah pun org tetap menyokong dan membeli produk beliau” – Noor
“Lebih baik kita diam daripada kita tidak tahu asas dan pucuk pangkal sesuatu perkara. Marketing safiiey illias yg akan didedahkn pada 31 disember ini menghasilkn bibit fitnah dikalangan lelaki mahupun perempuan. Mereka tidak tahu tentang keseluruhan cerita terbabit, tapi ttp mahu terlibat dan seolah olah tahu dan sangat arif tentang perkara tersebut. Walhal tidak. Semoga safiiey illias tidak memgulangi cara marketing sedemikian rupa. Kerana masyarakat lebih suka menghentan daripada tabayyun sesuatu perkara. Akhirnya terjebak dlm aktiviti ghibbah dsbnye. Wallahualam..” – Farhan
BACA: Boikot Safiey Illias – Dr Syahr Musafir
“Setuju..teguran dan nasihat serta bimbingan telah pun diberi. Walaupon tahu dlm istikomah, jiwanya ttp berperang ttg jantina. Kecam2 tak akan ada habisnya.. jln terbaik, boikot barang yg dijual. Sokong dia seolah2 menggalakkan lbh ramai golongan begini..” – Mizz
“Berlakon tu la tambah lagi satu dosa. Dosa sebab mempromosi budaya transgender secara terang-terangan. Lagipun kita bukan menghukum dia membuta tuli. Doktor ni kan dah kata kalau dia tak mengaku mcm Sajat, kita pun malas nak buka2 aib orang. Tapi kalau dah terang2 dia sendiri mempermain2kan statusnya utk tatapan umum utk melariskan perniagaannya…. apa lagi kita boleh seru.
Soal hukuman akhirat tu hanya Allah shj yg tahu. Tapi kita bolehlah jadikan sabda nabi dan firman Allah tu yg melaknat golongan sebegini sbg panduan. Takkanlah tak faham2 benda yg Allah tak suka tu kita kena jauhi. Tapi kerana kasih sayang dan bersangka baik maka kita nak raikan, julang dan sokong perbuatan maksiat dia pulak? Benda kalau dia sorang2 je tahu, dan kita setakat syak shj mmg lah kita tak boleh justify apa2. Tapi takkan lah neraca akal kita tak boleh bersandarkan dalil agama supaya mudarat yg lebih teruk dapat dibendung?” – Khalilah
“Yg nyedihkan tak lama dulu Safiey Ilyas ni siap msuk TV Alhijrah..para ustaz bsusun nk tolong dia insaf. Terdengar gak masa tu org ckp tu smua taktik raih simpati sbb nk create publicity je utk murah dpt untung..sbb bisnes dia tgh sesak. Pastu dpt tau org yg pernah deal bisnes ngan dia ramai yg kena tipu smpai rugi. Skang terserlah true colours si Safiey ni…mayb sbb dia tengok Sajat rilek je takde kene apa2 tindakan, so buatpe dia nk insaf. Dan brani aku jamin, bile kene condemn nanti, mesti si Safiey ni akan tuduh masyarakat taknak sokong dia berubah.” – Muhammad
Kisah Hijrah Safiey Ilias Tahun Lepas
Sumber: Says
Mungkin sesetengah daripada kita cukup mengenali insan yang bernama Safiey Ilias iaitu jutawan yang cantik dan berjaya dalam bisnes seawal usia muda. Bagi yang tidak mengenalinya, sebenarnya Safiey Ilias adalah seorang jutawan muda yang terkenal dengan produk kecantikan miliknya. Beliau bergelar jutawan sejak usia 19 tahun lagi.
Bagaimanapun, beliau bukanlah seperti wanita biasa di luar sana. Safiey Ilias atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias pada zahirnya adalah seorang lelaki yang bernaluri kewanitaan. Baru-baru ini kisah beliau membuang ‘payudara’ menjadi viral di laman Facebook dan kisah itu telah dikongsikan oleh seorang pendakwah bernama Ali Russia di laman Facebook.
Dalam perkongsian Ali Russia, beliau memberitahu bahawa sudah mendapat keizinan Safiey Ilias sendiri untuk berkongsi kisahnya supaya dijadikan teladan buat orang ramai
Alhamdulillah – Jutawan Jelita membuang Payudara kerana Allah dan Dakwah
Bismillahirrahmanirrahim…
Sebelum kalian terus membaca aku ingin maklumkan bahawa aku telah mendapat keizinan dan juga amanat dari tuan punya badan untuk aku membuat nukilan tentang ceritanya dan katanya cerita ini hanya lah untuk satu tujuan iaitu memberi pengajaran dan iktibar kepada mereka mereka yang senasib dengannya.
Barakallah…hari ke 2 aku keluar Tabligh ke Tawau untuk cillah 40 hari …dan aku bercadang untuk tidak menulis melalui medium muka buku ini sehinggalah aku tamat 40 hari, walaubagaimana pun hari ini aku terpaksa menulis atas dua tujuan…
Pertamanya kerana ia berkait terus dengan agama dan ke dua kerana atas hajat seorang hamba Allah yang ingin bertaubat…
Menurut Ali, Safiey sejak awal persekolahan di tingkatan 4 lagi beliau telah berniaga dan dibantu oleh ayahnya sehingga usia 19 tahun. Kini, beliau telah menjadi jutawan muda dan memiliki kereta mewah Hammer.
Allah…Allah…tiada kata kata yang dapat aku lakarkan sebaik mungkin tentang hidayah yang menerpa umat Muhammad saw…dan tiada nada gembira yang dapat aku luahkan bila mendapat khabar dari beliau…hanya sujud syukur yang dapat aku buat.
Beliu terkenal di kalangan usahawan usahawan produk kecantikan dan juga bagi mereka yang mempunyai wawasan dalam bidang perniagaan…
Sedari usia remaja beliau telah berusaha, di awal persekolahan di tingkatan 4 beliau telah berniaga dan di bantu oleh ayahnya, sehingga lah di usia 19 tahun beliau telah menjadi jutawan muda…memiliki duit jutaan ringgit, kenderaan besar Hammer yang menjadi impian muda mudi serta rumah sendiri…tetapi…
Ali mula mendapat tahu mengenai Safiey beberapa bulan lalu setelah diperkenalkan oleh isterinya melalui laman Facebook kerana isterinya adalah salah seorang follower Safiey di Facebook
Cerita
Safiey Illias…seorang jutawan muda yang cantik jelita juga menjadi mentor kepada usahawan usahawan di bawahnya..
Aku tidak mengenali beliau sehingga lah pada beberapa bulan yang lepas aku di beritahu oleh ahlia ku Ayunie Russ tentang perniagaannya…ahlia ku juga merupakan follower di facebooknya…
Kata ahlia ku pada suatu hari…”Abang…cuba abang baca status status di facebook Safiey Ilias…beliau muda tapi pandai berniaga…menjadi jutawan dalam usia 19 tahun..” aku di tunjuki facebook Safiey Ilias.
Masyallah…masyallah…cepat cepat aku baca DOA jauhi fitnah bila melihat perempuan cantik… Orangnya teramat cantik dan bergaya, memandu kereta mewah Hammer serta berjaya di bidang perniagaan…
Dan selepas itu aku buat tak tahu dan tak kisah pun tentang facebook dan perniagaan wanita cantik bernama Safiey Ilias… Masa berlalu hari demi hari…aku sibuk dan bussy dengan Dakwah dan keperluan Sushi sehingga lah hari hari terakhir aku keluar dari rumah untuk berada di Jalan Allah… bertabligh selama 40 hari bersama anak lelaki dan seorang anak saudara…
Sebagai seorang penulis atau Street Dakwah Writer, kebiasaan di masa masa infiradi takala ahli jemaah yang lain beristirehat dan tidur aku akan melayari internet membaca blog blog kegemaran tentang ehwal semasa dan Dakwah…dan secara tidak serius aku telah membuat reposting atau posting ulangan tentang kisah satu artikel mengenai Jemaah Khunsa atau Jemaah Mak Nyah yang keluar Dakwah dari tanah seberang…
Tanpa disangka, satu hari beliau telah menerima satu komen dari seorang ‘wanita’ cantik di laman Facebook. Komen tersebut berbunyi “Saya juga seorang Mak Nyah atau Pondan yang ingin berhijrah dan mahu mengenal Allah..”
Tidak di sangka sangka seorang wanita cantik jelita telah menulis di ruangan komentar aku dengan kata kata lebih kurang…
“Saya juga seorang Mak Nyah atau Pondan yang ingin berhijrah dan mahu mengenal Allah..”
Allah…Allah…hati aku mengigil panik dan tidak tahu apa yang harus aku balas…dan setelah itu aku melihat puluhan komentar komentar balas telah di tulis oleh mereka mereka yang tidak aku kenali dan dengan secara tidak berfikir panjang aku terus menulis…”Allahu…manusia di cipta indah oleh Allah…walaupun tidak cantik tetapi tetap indah…Safiey Ilias…lets meetup and have a cup of coffee..”
Keesokannya semasa aku nusrah jemaah kasih sayang dr. Sam Rasputin aku telah menerima meseg melalui wassap dari Safiey Ilias..katanya “Tuan…saya Safiey Ilias yang komen di facebook tuan…saya PONDAN…….”
Perbualan mereka agak panjang dan semuanya berkisarkan luahan hati Safiey. Sehinggakan air mata beliau juga turut menitis mendengar luahan hati Safiey dan paling tidak beliau sangka, ternyata Safie adalah ‘wanita cantik’ yang diceritakan isterinya dulu.
Panjang ceritanya dan panjang perbualan kami…isi perbualan hanya berkisar kepada luahan hatinya, bermula dari saat itu setiap hari kami menghubungi satu sama lain dengan tujuan untuk membantu beliau secara fizikal dan mental…Safiey Ilias ingin kembali menjadi lelaki…
Allahu…airmata menitik mendengar luahan hati dan perasaannya…rupa rupanya “wanita cantik” yang di khabarkan oleh ahlia ku itu adalah seorang lelaki…namanya Safiuddin bin Ilias…
Beliu menceritakan yang beliau kini mau kembali kepada fitrah asalnya…mau kembali menjadi seorang lelaki, ceritanya lagi seusianya remaja beliau begitu keliru dan tidak keruan perasaannya…zahirnya di lahirkan lelaki tetapi batinnya perempuan…
Jiwa dan perasaan keperempuanannya seoalah olah terpenjara di batang tubuh seorang lelaki, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengubah zahirnya menjadi perempuan…beliau menjadi perempuan dan wanita sehinggalah menjalani operasi untuk memiliki payudara…
Untuk sekian lama beliau menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan dan wanita, berpakaian dan perhiasan…semuanya seperti wanita. Dengan jutaan wang ringgit yang di milikinya beliau membeli apa sahaja yang berjenama…pakaian wanita, beg tangan ribuan ringgit juga alatan makeup yang up to date..
Tetapi Allah kuasa Makhluk tidak ada kuasa….Allah mengasihi makhluk ciptaan NYA.. Barakallah…fitrah manusia, siapa sahaja…lambat laun pasti akan kembali kepada asal kejadian yang telah di jadikan oleh Tuhannya… Dalam diam beliau membaca cerita cerita Dakwah dari facebook ku dan akhirnya beliu memberanikan diri untuk menyapa ku dan menceritakan segala galanya…
Pada Ali, apa yang membuatkan beliau betul-betul ingin membantu Safiey adalah kerana ketika itu Safiey tidak lama lagi akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya dan teringin sekali solat berjemaah dan ke Mekah serta Madinah.
Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya ialah kerana beliu telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau tersangat ingin solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Umrah….
Allahu… Masa tidak mengizinkan aku dan saudara Safiuddin bin Ilias aka Safiey Ilias bertemu muka kerana aku telah bersiap siap untuk keluar Dakwah 40 hari di Tawau…pun begitu saban hari kami menghubungi satu sama lain…berbual dan bertanya khabar…beliau meluahkan isi hatinya dan aku menasihatinya…
Tanggal 15 hari bulan aku berangkat dan terbang ka Tawau dan pada tarikh yang sama Safiey Ilias memasuki Dewan Pembedahan intuk menggeluarkan implan payudara palsunya…
Semuga Allah memberikan afiat dan kesembuhan yang baik dan cepat kepadanya supaya aku dapat membawanya keluar di Jalan Allah…Hari ini hari ke 2 aku di Jalan Allah…Safiey Ilias menghubungi aku dan katanya beliau selamat menjalani pembedahan membuang payudaranya…
Sebelumnya aku ada bertanya bagaimana beliau boleh menghubungi aku…jawabnya…”Beberapa kali lintasan wajah ku di hadapannya dan setelah membuat solat istikharah baru beliu yakin dan lalu menghubunggi ku..”….Allahuakhbar.
Kami berjanji untuk bertemu bila aku balik dari ber Tabligh 40 hari nanti…insyallah
Mari kita sama sama berdoa agar Safiey Ilias kembali menjadi lelaki sejati….
Amin ya Allah…
Dalam masa yang sama jika anda jenguk pula ke laman Facebook Safiey Illias beliau kini baru saja selesai menjalani pembedahan. Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat.
Setelah kisahnya menjadi viral, Safiey ada berpesan kepada masyarakat agar jangan sesekali menggunakan kisah beliau untuk menghentam Mak Nyah lain supaya berubah. Baginya, tanpa hidayah beliau sendiri belum tentu akan berubah.
Saya hrp x ada cisgender yg guna point saya berubah untuk hentam mak nyah lain . Tolong jgn nk berbahas pula pasal agama .
.
Nanti ramai yg kata “Safiey boleh berubah tak kan awk x boleh!” . Jangan2 . Doakan mereka sahaja . Tanpa hidayah saya pun tak mampu nk berubah ! X kan saya nk jd munafik . Smpai skrg pun masih menahan naluri saya .
.
Tlg jgn kecam dan hina mereka . Bak kata abg Ali Russia , org yg x faham agama sahaja akan kutuk dan hukum org . Abg Ali Russia sendiri kata kwn dgn org yg faham kita sahaja.
Ternyata hidayah itu milik Allah. Kami yakin, bukan mudah bagi Safiey melaluinya namun kami berdoa kisah Safiey ini boleh menjadi teladan buat ‘kaum’ sepertinya di luar sana. In Sha Allah…
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel