≡ Menu

Hebatnya Janji Allah Dalam Memelihara Al-Quran Daripada Terpesong


A young Bahraini Shiite Muslim girl reads the Koran, Islam’s holy book, during the holy fasting month of Ramadan at a mosque in the village of Sanabis, west of Manama, on July 27, 2013. AFP PHOTO/MOHAMMED AL-SHAIKH (Photo credit should read MOHAMMED AL-SHAIKH/AFP/Getty Images)

 

Sudah hampir 1500 tahun, namun ia tetap kekal asli, tulin dan terjaga. Itulah kehebatan al-Quran yang mendapat jaminan khusus penjagaannya oleh Allah:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kamilah” yang menurunkan Al-Quran, dan “Sesungguhnya Kamilah jua yang menjamin untuk menjaganya” (dari sebarang perubahan, penambahan atau pengurangan isinya) Surah al-Hijr 15:9

Ayat ini bukan calang-calang sifatnya. Bagi yang mendalami Bahasa Arab, mereka akan faham aspek sastera dan tatabahasa yang digunakan Allah dalam ayat ini mengandungi maksud pengukuhan berganda (tawkid).

Walaupun ringkas, ayat ini menegaskan secara tuntas bahawa Allah sendiri menjamin penjagaan al-Quran dari sebarang penyelewengan manusia.

Kitab lain seperti Tawrat, Zabur dan Injil hanya kekal hanya nama dan tidak pada isinya. Al-Quran pula kekal pada nama dan isinya. Banyak sekali cara Allah mengekalkan nama dan isi al-Quran, antaranya:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1- Pengekalan Teks Arab Bersama Apa Sahaja Terjemahan Yang Dihasilkan

Syarat ini digariskan oleh para ulama bagi memastikan teks asal al-Quran tidak hilang. Berbanding kita lain seperti Injil, terjemahan berlaku secara berterusan tanpa teks asal.

Akibatnya maksud asal Injil semakin jauh terpesong mengikut selera dan kecenderungan penterjemah.

#2 Wujudnya Ramai Ulama Yang Mengkaji Al-Quran Sepanjang Zaman Dalam Berbagai Bidang Ilmu

Al-Quran seumpama lautan luas yang menjanjikan berbagai hasil kajian yang tidak mengenyangkan para ulama’. Makin dikaji “mabuk ilmu” para ulama semakin melonjak.

BACA:  6 Bukti Bangun Pagi Membuka Pintu Rezeki

#3 Wujudnya Umat Islam Yang Menghafaz Al-Quran Secara Berterusan

Tiada kitab agama yang dihafaz secara serius seperti al-Quran. Al-Quran di hafaz oleh ramai umat Islam, bahkan ayat yang dihafal adalah sama meskipun berbeza negara.

Berbeza dengan kitab ajaran lain, yang berbeza kandungannya, tedapat versi yang baru dan yang lama seperti Bible.

Ketiga-tiga perkara di atas tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya digerakkan Allah yang menjamin sendiri penjagaan al-Quran.

Berbeza dengan kitab Taurat atau Injil, penjagaannya diamanahkan kepada para ulama Yahudi dan Nasrani sebagaimana firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ…..
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu para nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan para penditanya (menjalankan hukum Allah), “Sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum dari kitab Allah (taurat) itu, dan mereka pula menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan)… Surah al-Ma’idah 5:44


.
Terbukti penjagaan makhluk seperti mereka gagal menjamin kesucian kedua kitab tersebut. Banyak sekali para ulama mereka yang tidak amanah merosakkan isi kitab Allah itu.

Inilah sebabnya Allah sendiri yang menjamin penjagaan al-Quran agar ia kekal seperti yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W.

Ketika mengulas ayat ke 9 surah al-Hijr ini, Imam al-Qurtubi membawa sebuah kisah hebat yang berlaku pada zaman khalifah al-Ma’mun dari kerajaan Bani ‘Abbasiyah.

Khalifah al-Ma’mun selalu mengadakan majlis perbincangan berbagai isu dengan rakyatnya. Pada suatu hari seorang lelaki Yahudi yang segak mewangi lagi penuh wibawa menyertai majlis tersebut. Cakap lelaki Yahudi ini juga penuh bijaksana dan mempesonakan semua yang hadir.

BACA:  Keajaiban Solat Untuk Ibu Yang Mengandung. Subhanallah!

Setelah selesai majlis, Khalifah al-Ma’mun bertanya agama anutannya. Lelaki itu menyatakan dia beragama Yahudi. Al-Ma’mun mencadangkan agar dia memeluk Islam dan menjanjikan jawatan yang sesuai dengan kewibawaannya. Lelaki Yahudi itu menolak.

Selepas setahun, lelaki Yahudi itu memeluk Islam dan bertemu kembali dengan Khalifah al-Ma’mun. Bicaranya tentang ilmu fiqh sungguh mempesona dan penuh wibawa. Khalifah agak terkejut dan bertanya apa rahsia pengislamannya. Lelaki Yahudi itu lantas menceritakan:

“Setelah aku keluar dari majlismu (wahai Khalifah) aku berhasrat menguji agama ini (Yahudi, Nasarani dan Islam). Aku pula memiliki tulisan tangan yang sungguh cantik sebagaimana yang kamu ketahui dan saksikan. Aku menyalin kitab Tawrat dalam 3 salinan berasingan dan pada ketiga salinan itu aku tambah dan kurangkan isi asalnya. Selepas itu aku jual ketiga salinan kitab Tawrat itu kepada rumah ibadat Yahudi. Mereka membeli ketiga salinan tersebut (tanpa soal).”

“Selepas itu aku lakukan perkara yang sama kepada kitab Injil. Ia juga diterima oleh pihak gereja tanpa soal. Kemudian aku tulis pula 3 salinan surah al-Quran bersama penambahan serta pengurangan dan cuba menjualnya kepada seorang tukang kertas (pencetak) untuk dicetak. Setelah melihat salinan al-Quran itu mengandungi penambahan serta pengurangan, dia lantas mencampaknya jauh dan enggan membelinya.”

“Selepas peristiwa itu, aku sedar bahawa kitab ini (al-Quran) memang terjaga (dari sebarang penrubahan atau pengurangan). Itulah peristiwa yang membawa kepada pengislamanku.”Tafsir al-Qurtubi ketika mentafsirkan ayat 9 surah al-Hijr

Subhanallah! Hebat sekali cara Allah menjaga kitabNya ini. Sungguh beruntung orang Islam yang berbangga, mendalami serta mengamalkan kitab yang sungguh istimewa ini.

Jika kita masih jauh dari kitab ini, berubahlah segera dan jangan hanya tahu berbangga dengan sesuatu yang jarang kita sentuh. Semoga Allah merahmati kita semua dengan iman yang sebenar kepada al-Quran.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel