≡ Menu

[Hadis] Pohon Gharqad Yang Melindungi Orang Orang Yahudi


Kita lihat hari ini banyak peperangan yang berlaku di antara kaum Yahudi dengan umat Islam seperti penindasan Muslim Uyghur di China, perebutan negara Palestin, kebuluran Muslim Rohingya dan banyak lagi sama ada yang ditularkan di media mahupun tidak.

Konflik seperti ini bukan sebuah isu yang baru, malah ia telah lama berlaku sejak dari zaman Baginda SAW lagi. Kita lihat, peperangan demi peperangan yang pernah berlaku pada zaman Baginda sehingga Islam diterima dan mula mekar.

Walau bagaimanapun, ia tidak terhenti sehingga di situ apabila kaum yahudi dan bukan Islam kembali memerangi golongan Islam terutamanya yang lemah.

Walau bagaimanapun, sedarkah anda bahawa semuanya akan berakhir apabila umat Islam sudah diberi kekuatan untuk memerangi kaum Yahudi.

Apabila terjadinya perkara ini, ia membawa maksud bahawa kiamat sudah dekat dan bakal menjelang. Ia dikatakan akan berlaku apabila Imam Mahdi dan Nabi Isa bergabung untuk memimpin tenteranya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut perbahasan ulama, peristiwa itu berlaku apabila keluarnya Al-Masih Dajjal yang akan membawa fitnah terbesar kepada umat Islam.

Apabila terjadinya peperangan ini, kaum Yahudi ada yang mula berasa takut dengan umat Islam dan mereka akan mula bersembunyi di sebalik pokok dan batu-batu.

BACA:  Amalkan Zikir Ini Ketika Membasuh Beras, Supaya Hubungan Keluarga Lebih Harmoni

Batu dan pohon-pohon ini dikatakan akan bercakap dan memberitahu umat Islam bahawa di belakang mereka bersembunyinya kaum Yahudi. Maka, umat Islam akan memerangi mereka di sebalik pohon-pohon itu.

Walau bagaimanapun, hanya ada satu jenis pokok yang tidak akan berbicara mengenai kaum Yahudi yang bersembunyi di belakang pohon mereka. Pohon ini dinamakan sebagai gharqad. Perihal ini ada disebut melalui sebuah hadis sahih Baginda SAW.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
Maksud: “Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum muslimin akan membunuh mereka sehingga setiap orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon, dan mereka berkata-kata: “Wahai Muslim, ada orang Yahudi di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia.” Kecuali satu (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2922)

Pokok Gharqad Yang Ditanam Besar-Besaran oleh Yahudi
Pokok Gharqad atau nama saintifiknya, ‘Nitraria Retusa’ adalah sejenis pohon berduri dan mempunyai dahan serta daun yang berjalinan. Maklumat ini ada dicatatkan dalam jurnal dan buku-buku contohnya Western Arabia & The Red Sea oleh Naval Intelligence Division.

BACA:  Kekurangan Vitamin Ini Boleh Menyebabkan Kita Hilang Penglihatan! Awas

Kaum Yahudi telah menanam pohon ini secara besar-besaran dan menggalakkan penduduknya menanam pohon ini di setiap rumah sebagai alasan untuk menghijaukan bumi.

Dikatakan bahawa mereka juga sedang giat menanam pohon ini sebagai persediaan menghadapi tentera Islam apabila tiba masanya kelak.

Hal ini membuktikan bahawa mereka percaya akan hadis dan kata-kata Baginda SAW mengenai kiamat namun disebabkan ego mereka yang sudah sebati sejak dari zaman dahulu lagi membuatkan mereka menutup mata untuk menerima Islam.

Sebagai manusia biasa, kita akan berfikir bahawa perkara sedemikian tidak logik dan sukar dibayangkan bagaimana suatu hari nanti pohon-pohon akan berbicara. Namun, sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah, perkara ini tidak mustahil akan berlaku.

Allah sudah memberi bayangan bahawa peperangan yang akan berlaku di antara Dajjal dan Imam Mahdi nanti sangat besar dan pelbagai perkara ajaib yang akan berlaku bagi membantu umat Islam. Oleh itu, tidak mustahil jika pohon ini akan berbicara mengenai kaum Yahudi, namun kita tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan sebenar dan perbicaraan yang akan berlaku.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Almanhaj.or.id
Nitraria Retusa
Study of Nitraria Retusa

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel