≡ Menu

Gula Gula White Rabbit Sudah Disahkan Oleh JAKIM Haram!


Status halal gula-gula susu yang popular di China itu, sering menjadi perdebatan dan dipersoalkan di laman sosial. Tercetusnya keraguan bahan kandungan gula-gula yang dianggap nostalgia ini berkemungkinan bermula daripada tular ais krim berperisa gula-gula White Rabbit.

Pada Mei lepas, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei telah meminta pengasingan produk ini dari kawasan penyimpanan umum kepada bahagian ‘Non-Halal’ kerana produk tersebut positif mengandungi protein babi berikutan daripada data ramuan yang diperolehi yang digunakan dalam penghasilan produk keluaran negara China.

BACA:  Ini Persoalan Lazim Selepas Jatuhnya Talak. Sila Fahami Betul Betul

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malayisa (Jakim) turut menyatakan pihak mereka tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula susu berkenaan yang diimport dari China.

Menerusi laporan TV Al-Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh mengesahkan gula-gula tersebut mengandungi gelatin yang tidak halal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut beliau, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

BACA:  Tak Tahu Fadhilat Sebenarnya!! Kunci Keluarga Bahagia Ada Pada Doa Ini. Kita Tahu Dan Selalu Baca.

Fuziah berkata, ujian mendapati terdapat gelatin daripada sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal. Beliau mengingatkan masyarakat Muslim supaya lebih peka memilih makanan dan memandang serius aspek halal.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel