≡ Menu

Golongan Gay Semakin Berleluasa Di Malaysia Terutamanya Di Kuala Lumpur Selamatkanlah Mereka – Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin


Saban bulan dan minggu saya diutarakan kes demi kes salah laku seksual yang di luar norma kebiasaan di kalangan kenalan samada kenalan biasa mahu pun di kalangan kenalan di media sosial.

Saya tidak pernah meminta agar kes sebegini diutarakan kepada saya kerana penyelesaiannya adalah sukar sekali melainkan apabila empunya diri insaf dan mempunyai kekuatan dalaman untuk keluar daripada alam tipu daya ini.

Daripada puluhan kes perhubungan ‘lelaki dengan lelaki’ yang diutarakan ini, hanya sejumlah yang sangat kecil sahaja yang berjaya kembali ke pangkal jalan.

Ironinya di kalangan mereka adalah golongan professional seperti doktor, jurutera, ustaz, guru, ahli perniagaan, ahli politik dan pelajar di peringkat universiti. Ya, mereka sangat berahsia dan pergerakannya sangat mengelirukan, terutamanya kepada isteri dan ahli keluarga mereka sendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lima daripada mereka yang saya kenali ini telah pun berkahwin secara rasmi kerana bermastautin di negara yang membenarkan perkahwinan sesama jenis sebegini tetapi tidak buat mereka yang tinggal di M, negara yang tercinta.

BACA:  Macam Mana Nak Tangani Anak Yang Tantrum Sampai Tak Hormat Orang Tuanya. Baca Selanjutnya

Saya berpandangan bahawa dia perlu diselamatkan, isterinya perlu memberi kata dua dan mereka yang sekelilingnya harus jelas bahawa ke’tidak-normalan’ ini mesti dirawat atau hindari-diri daripada menanggung dosa bersubahat.

Di antara ciri-ciri yang sama :

Banyak simpan rahsia daripada kenalan, apatah lagi keluarga. Banyak rahsia di desk-top, lap-top, mahu pun gajetnya.

Obses dengan penampilan, pakaian, rambut dan tubuh badannya (Bahkan ada yang menjalani pembedahan kosmetik termasuk liposuction).

Kerap ke gym dan obses dengan bentuk fizikalnya, juga lelaki di situ.
Tertarik dan suka bertemu lelaki lain jika dibandingkan dengan isteri yang dikahwininya satu ketika dahulu.
Kegembiraan dan kepuasannya apabila lelaki lain memerhatikannya
Suka menyentuh bahagian sensitif lelaki
Tidak berkeinginan untuk menyentuh isterinya, miski pun pelbagai inisiatif diambil oleh isteri tercinta.
Menonton filem gay secara bersendirian, mungkin ada bilik/ lokasi khas di rumah atau di pejabat (ada koleksi filem)

Sering bicara topik gay dan lesbian serta berkunjung ke lokasi elit samada di dalam mahu pun di luar negara.
Obses dengan fesyen terkini dan kehidupannya bergaya, apatah lagi apabila berpeluang untuk berbelanja untuknya.
Punyai teman lelaki (tetap dan tidak tetap) yang mencurigakan
kehidupan dwi-alamnya amat mengelirukan.

BACA:  Nikmat Nikmat Yang Diterima Oleh Orang Beriman Di Alam Barzakh. Subhanallah

Secara umumnya anda atau ahli keluarga yang masih prihatin mempunyai 2 pilihan yang utama samada menginvestigasi dengan lebih mendalam dan bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan beliau, mungkin isteri dan anaknya atau anda juga mungkin terpaksa memberikan kata dua yang bertempoh kepadanya.

Selamatkan dia dan mereka yang teraniaya kerananya.
Kepada empunya diri, saya ingin mengajakmu agar bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan. Kuatkan usaha dan tekadkan keazaman untuk meninggalkan kenikmatan palsu yang sementara kerana inilah peluang terakhir yang masih tersisa untuk berbahagia di dunia dan terselamat daripada azabNya kelak.

Sumber : Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel