≡ Menu

Ganjaran Sedeqah Yang Dijanjikan Allah Di Dalam Al-Quran


Wujudnya golongan kaya adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Allah tidak menjadikan dunia ini sama rata seperti semua orang kaya atau semua orang mampu mempunyai pekerjaan yang hebat.

Jika semua orang bekerja sebagai pegawai syarikat, siapa yang akan membantu menyapu daun-daun kering di jalanan atau membersihkan tandas di pejabat anda?

Disebabkan itu, kita tidak boleh memandang rendah akan setiap pekerjaan atau orang sekeliling anda kerana manusia itu saling berkait dan memerlukan.

Seperti sedekah. Islam menggalakkan untuk memberi kepada mereka yang memerlukan kerana dengan memberi, anda tidak akan jatuh miskin, malah anda ialah yang paling kaya di akhirat.

Sedekah itu adalah dengan memberikan sesuatu kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kewangan, harta benda serta makanan. Banyak kelebihan yang diceritakan di dalam Al-Quran terhadap perbuatan sedekah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1 – Ganjaran Pahala Seperti 700 Kebaikan
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

BACA:  2 Gugur Syahid Ratusan lainya Cedera Akibat Bom Zionis

Mafhum: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al-Baqarah, 2:261)

#2 – Mengubati Kesedihan
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Mafhum: “Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berduka cita.” (Surah Al-Baqarah, 2:274)

#3 – Allah Membalas Dengan Sebaik-Baik Balasan
فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ

Mafhum: “Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma.” (Surah Yusuf, 12:88)

BACA:  Bersedeqah Atas Keuntungan Menjual Rokok. Apa Hukumnya?

#4 – Manusia Yang Beriman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ ۗ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (Kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Baqarah, 2:254)

Kesimpulan
Dengan memberi, ia akan membuatkan anda lebih bahagia dan tenang. Setiap pahala yang mengalir itu akan menjadi saham untuk anda di akhirat. Oleh itu, memberilah walau sedikit namun ikhlas kerana tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada yang menerima.

Wallahu a’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel