≡ Menu

Gajet Bukan Solution Untuk Buat Anak Leka Bermain. Ini 4 Alternatif Yang Lebih Efektif!!


Dunia kanak-kanak kini seiring dengan teknologi yang sangat maju sampaikan orang dewasa tidak sempat mengejar. Mereka lebih cilik IT dan dalam penggunaan gajet pula memang tidak menang tangan. Namun semakin hari, semakin lama pendedahan sisi gelap gajet dan media sosial mula dapat dikesan. Terutamanya dalam sudut akhlak dan keperibadian boleh terjejas.

Mulakan dari awal lagi untuk tidak beri anak anda berinteraksi dengan gajet kerana disitulah bermula dengan ketagihan yang buruk.

Wanista cuba bantu anda dengan memberi idea antara mainan yang boleh memberi hiburan dan dalam pada yang sama pembelajaran.

#1 Soft toys
Dulu kita semua punya anak patung kesayangan, ia sudah seperti teman baik. Segala rahsia, cerita imaginasi dan ketidakpuasan boleh diluah pada anak patung. Iya begitu jugalah yang akan terjadi jika kita beri sekurang-kurangnya satu anak patung buat si kecil. Kajian mendapati bermain dengan anak patung boleh merangsang emosi, memberi keselesaan dan menajamkan minda si anak.

BACA:  Kadar Zakat Tahun 2019. Puasa Dah Dekat, Jangan Lupa Ya!

#2 Puzzle
Dahulu mainan puzzle atau susun gambar pernah menjadi kegilaan ramai. Ia membantu menguatkan memori si kecil dan meningkatkan daya kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Jadikan ianya rutin mingguan untuk si anak menamatkan cabaran puzzle. Jika berjaya berikan satu ganjaran kepada mereka. Seronok kan!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#3 Buku mewarna
Sediakan satu buku mewarna dan pensil warna sebagai satu pack mainan untuk dibawa kemana sahaja. Ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan bosan si anak. Mungkin anda lihat mewarna ini macam tiada benefits tapi sebenarnya banyak! Antaranya ia membantu menyelaraskan koordinasi mata dan tangan, mengajar kesabaran, fokus dan paling penting motor skills.

#4 Main sendiri dengan mereka
Kanak-kanak yang mendapat perhatian dari ibu bapa dan keluarga sebenarnya lebih ceria, matang dan bijak. Komunikasi yang mereka dapat dari anda adalah interaksi paling baik dari luahan media sosial. Bukan itu sahaja, cara bercakap, sifat empati dan kreatif boleh diasah ketika itu.

Wanista faham memang susah untuk membuat si anak tapi sebaiknya anda dan pasangan terus berusaha supaya cari ini mengelakkan anda terkena keburukan teknologi yang boleh memakan diri.

Jadilah ibu bapa yang bijak ya!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel