≡ Menu

Gagal Mencari Tempat Berlindung, Pelarian Rohingya Kini Berada Di…


 TEKNAF, Bangladesh – Beratus-ratus etnik Islam Rohingya yang terdesak terus menyeberangi sempadan Myanmar ke Bangladesh pada setiap minggu, membawa bersama kisah ngeri penyeksaan dan pembunuhan, enam bulan selepas operasi tentera Myanmar mencetuskan krisis pela­rian besar-besaran.

Seorang pelarian yang tiba baru-baru ini, Nur Mohammad berkata, kampungnya di Negeri Rakhine, Myanmar dikepung oleh penduduk beragama Buddha selama berhari-hari sebelum dia dan orang kampung lain dibenarkan keluar.

“Orang Mohgh (penganut Buddha) membakar rumah kami, mengepung kami dan mengakibatkan kami kelaparan. Kampung kami hangus dibakar. Kami berjalan kaki berhari-hari untuk sampai ke sini (Bangladesh),” kata Nur Muhammad.

BACA:  Anak Anak Mencarut Di Taska? Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

Seorang lagi pelarian Rohingya , Enayetullah, 30, merupakan antara 200 etnik itu yang menyeberang Sungai Naf dan tiba di Bangladesh, Jumaat lalu. Sebahagian besar jirannya melarikan diri lebih awal, menyertai penghijrahan besar-besaran seramai 700,000 etnik minoriti Rohingya sejak 25 Ogos 2017.

“Kami sebelum ini enggan meninggalkan Rakhine dengan harapan situasi akan kembali baik. Namun, sejak beberapa minggu lalu, pasukan keselamatan menawan pemuda kami. Jika tentera menculik 10 orang, hanya seorang yang kembali,” kata Enayetullah kepada agensi berita AFP.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dia turut mendakwa pasukan keselamatan Myanmar membakar kedainya, menyebabkan dia dan tiga saudara lelakinya lari meninggalkan kampung halaman mereka di Mognapara, dekat bandar Buthidaung. Operasi tentera Myanmar di utara Rakhine dilabel sebagai ‘penghapusan etnik’ oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat.

Walaupun Myanmar bersetuju untuk menerima semula pelarian Rohingya, mereka terus membanjiri Bangladesh untuk mencari perlindungan. Sepanjang bulan ini sahaja, lebih 2,500 orang tiba di kem-kem pelarian penuh sesak di negara itu.

Dalam pada itu, beberapa kumpulan pemantau dan agensi pelarian berkata, beratus-ratus perkampungan Rohingya dibakar dalam operasi tentera Myanmar. Menurut kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch pada Jumaat lalu, sebanyak 55 kampung Rohingya lain hangus sejak November 2017.

Etnik minoriti Islam Rohingya dilucutkan hak mereka dan menjadi mangsa diskriminasi sistematik di Myanmar selama beberapa dekad. – AFP

sumber: Kosmo

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel