≡ Menu

Fakta Menggerunkan Gejala Seks Bebas Di kalangan Remaja Di Negara Kita. Astaghfirullah


1. INSTITUT Kesihatan Umum telah menjalankan kajian terhadap 27,497 pelajar daripada 212 buah sekolah di seluruh negara. Laporan yang dikeluarkan amat membimbangkan. 31.9 peratus daripada pelajar sekolah menengah ini telah mempunyai pengalaman seks (sexual experience) sebelum berusia 14 tahun!

2. Malah pelajar tingkatan 1 dikatakan mempunyai bilangan teramai dalam percubaan untuk mengadakan hubungan seks iaitu sejumlah 9 peratus daripada jumlah survei ini. Pahang diletakkan sebagai negeri yang merekodkan jumlah tertinggi bagi remaja yang pernah melakukan hubungan seks (9.5 peratus), manakala Kuala Lumpur mencatatkan bilangan terendah (4.3 peratus). Dapatan ini juga menunjukkan sebanyak 16.6 peratus peratus daripada remaja ini pernah mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang.

3. Laporan ini mengingatkan kita bagaimana fenomena zina dan kebejatan sosial yang pernah dilalui di zaman Jahiliah berjaya diubah oleh Rasulullah setelah datangnya Islam. Segalanya bermula dari rumah. Penekanan aspek memelihara kesucian diri mesti diterapkan oleh ibu bapa sendiri.

BACA:  Teknik mudah nak kesan produk sampah.

4. Dalam membendung isu ini, al-Quran menekankan aspek bagaimana setiap individu harus mengawal diri dan nafsu dengan dengan saranan menundukkan pandangan dan berpakaian menutup aurat. Allah mendatangkan contoh bagaimana Nabi Yusuf yang mengawal nafsunya ketika diuji dengan perempuan.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

5. Hadith pula menggalakkan aspek mengawal nafsu dengan berpuasa serta memilih kawan yang baik. Kita semua maklum bahawa dalam tempoh inilah golongan remaja mempunyai keinginan yang tinggi. Penceritaan kisah-kisah sahabat yang baik juga barangkali membantu dalam membina kerangka pemikiran remaja yang boleh mengawal nafsunya.

BACA:  Sering Doakan Anak Menjadi Soleh, Anak Dah Ingat 23 Juzuk Pada Usia 13 Tahun

6. Sebahagian kita mengambil pendekatan kahwin dalam usia yang muda. Atas dasar itulah barangkali larangan terhadap perkahwinan muda seharusnya tidak dilaksanakan ini. Ini adalah kerana, terdapat sebahagian ibubapa yang merasakan pendekatan kahwin muda ini adalah yang terbaik buat mereka.

7. Manakala sebahagian pemikir liberal mencadangkan promosi safe sex atau edaran kondom percuma bagi mengawal kelahiran luar nikah atau fenomena buang bayi dalam masyarakat hari ini. Saya sangat tidak bersetuju dengan pendekatan ini.

8. Apapun, setiap kita berperanan dalam membantu membina masyarakat yang lebih baik dan diredai Allah.

Moga Allah membimbing umat ini ke jalan yang diredaiNya.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel