≡ Menu

Fadhilat-Fadhilat Mengamalkan Al-Mathurat. Amalkan pada Waktu Pagi dan Petang


 Kalau korang rasa nak baca Al-Mathurat ini pun malas maka banyakkanlah berdoa dengan Allah agar Allah berikan kita hati yang baru yang bersih, suci dan penuh dengan segala kebaikan . Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat akan merasakan perbezaan dari hari-hari yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat. Bagi seorang mukmin masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Di waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW) Firman Allah SWT di dalam Surah Qaaf ayat 39 , Bermaksud : ‘ Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya ’

Antara Kelebihan Membaca Al-Mathurat :

1. Tidak dihampiri syaitan ~ Ia dimulai dengan ucapan ‘Aku bermohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’.

BACA:  Teknik mudah nak kesan produk sampah.

2. Bacaan Al-Fatihah di dalam Al-Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah ‘Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku”.

3. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini. Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati syaitan sehingga petang, jika dibaca di waktu malam pula nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga ke pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya “.

4. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

5. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

6. Selamat dari segala sesuatu.

7. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

8. Allah berhak untuk meredhainya

9. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

10. Terhindar daripada syirik.

11. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

12. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

13. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

14. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

BACA:  28 Tanda Anda Sudah Menjadi Hamba Dunia. Nauzubillahiminzalik!

15. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

16. Di samping itu, doa-doa yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat itu merupakan doa daripada nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini.

Rasulullah SAW telah menegaskan juga dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Najih alUbaadi bin Sairyah RA: Maksudnya: …“Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah khalifah arRasyidin yang telah mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan geraham kamu (peganglah Sunnah itu dengan sekuatkuatnya). Dan jauhkanlah diri kamu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama. Maka sesungguhnya melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama itu adalah satu perbuatan yang sesat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Berdasarkan hujah-hujah tersebut, maka bagi orang-orang yang beriman, hendaklah beramal dengan zikir dan wirid yang ma’thurat, iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya di masa hayat Baginda. Oleh itu, tidak ada sebab bagi orang-orang yang beriman, mencari zikir-zikir dan wirid-wirid yang bukan ma’thurat yang didapati dalam Hadith-hadith yang maudu’ dan dalam kitab-kitab yang bukan dari kitabkitab yang muktabar, dan yang tidak didapati masnad dan masdarnya

 

sumber: ustazshauqi.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel