Pelbagai zat nutrient diperlukan ketika ibu-ibu sedang mengandung untuk memastikan perkembangan bayi yang optimal. Pelbagai produk yang dijual dipasaran turut memberi saranan pengambilan produk yang berasaskan soya yang dikatakan turut menyebabkan masalah kulit(eczema/ekzema) pada bayi.
Antara sebab2 utama pengambilan produk2 berasaskan soya ini adalah kerana ianya diiklankan sebagai penyumbang tenaga sepanjang kandungan.
Banyak kajian telah dijalankan keatas pengambilan soya ketika mengandung kerana bahan yang digunakan turut mengandungi beberapa jenis kelas protein yang boleh menyebabkan masalah alahan(allergenic).
Perkara ini dinilai daripada:
1) sumber soya tersebut(GMO atau non-GMO)
2) berapa lama pengambilan(sepanjang kandungan atau jangkamasa tertentu)
3) jumlah yang diambil(per serving),
4) jenis soya tersebut(diproses atau tidak)
5) perbandingan dengan makanan pada masa yang sama(ikan, marjerin, yogurt, butter)
6) masalah penyakit atopy yang lain(asthma dan resdung/allergic rhinitis)
7) Pengambilan bahan berasaskan soya selepas bayi dilahirkan(susu formula, makanan tambahan selepas 6 bulan)
8) Status vaksin ibu dan anak(ATT ketika mengandung, vaksin berkala untuk bayi)
Antara perkara2 yang disebutkan, hanya kuantiti soya yang diambil ketika mengandung(per serving taken) dan berapa lama pengambilan(jangkamasa) yang menunjukkan causation dan relationship(penyebab dan berhubung kait) pengambilan soya dan masalah ekzema bayi.
Majoriti kajian mendapati pengambilan lebih daripada 30g seminggu(dalam apa2 bentuk) dan lebih lama pengambilan(4 minggu berbanding 9 bulan) berkait rapat dengan timbulnya masalah eczema pada bayi.
Etiologi
Masalah ini adalah disebabkan banyak pemerhatian dan laporan dimana ibu2 yang mengambil produk soya ketika mengandung menyatakan masalah bayi mereka mempunyai masalah kulit ekzema berbanding mereka yang TIDAK mengambil(consume) produk2 yang berasaskan soya ketika mengandung. Anak2 mereka juga turut dinilai pada umur 6 bulan dan 24 bulan.
Ianya bersangkut paut kerana nutrient daripada apa yang si ibu ambil turut mampu mempengaruhi bayi ketika kandungan(in utero). Perkara ini juga dapat dilihat dalam proses untuk antioxidants dan long chain polyunsaturated fatty acids yang turut mampu mempengaruhi perkembangan bayi.
Sebab itu juga pelbagai bahan yang diambil oleh si ibu mampu memberi kesan kepada bayi kerana ianya akan menyebabkan proses dimana bayi tersebut akan terdedah kepada allergen(yang mampu mengaktifkan reaksi imun badan dan menyebabkan ekzema) dan turut juga menyebabkan ‘induced allergen-specific tolarance’ menjadi lebih rendah kerana terdedah kepada bahan asing untuk MASA yang lama dan dalam KUANTITI yang berterusan.
Ini juga turut berlaku kerana ianya adalah sejenis proinflammatory substance(menyebabkan keradangan) kerana sumber protein dalam produk2 tersebut adalah TIDAK SAMA dengan protein yang dikandungi dalam susu ibu.
Sebab yang sama jugalah kenapa susu ibu merupakan sumber diet yang terbaik. Pengambilan produk KETIKA menyusu juga turut menunjukkan masalah yang sama. Ini bermaksud proses yang berlaku ketika bayi masih dalam kandungan tetap berlaku ketika menyusu bayi. Sebab itulah perlu berpantang dengan baik dan tidak mengambil produk sebarangan ketika menyusu bayi anda.
Natto
Natto adalah sejenis makanan ruji orang Jepun berasaskan soya(fermented soybean). Kajian turut menunjukkan pengambilan melebihi 3 kali seminggu atau lebih drpd 90g fermented soybean ketika ibu mengandung turut menyebabkan masalah ekzema untuk anak mereka.
Saranan kami:
Pengambilan produk berdasarkan soya lebih daripada 30g seminggu mampu menyebabkan masalah kulit ekzema terhadap bayi sama ada pada umur 6 bulan atau 2 tahun. Ini disebabkan bayi terdedah kepada pelbagai allergen yang boleh bertindak balas dan menyebabkan sistem imun bayi jadi lebih reaktif terhadap persekitaran.
Rujukan:
Prescott SL. Early origins of allergic disease: a review of processes and influences during early immune development. Curr Opin Allergy Clin Immunol 2003;3:125–32
Devereux G, Barker RN, Seaton A. Antenatal determinants of neonatal immune responses to allergens. Clin Exp Allergy 2002;32:43–50
Dutta-Roy AK. Transport mechanisms for long-chain polyunsaturated fatty acids in the human placenta. Am J Clin Nutr 2000
Warner JA, Jones CA, Jones AC, Warner JO. Prenatal origins of allergic disease. J Allergy Clin Immunol2000;105(suppl):S493–8
Devereux G, Seaton A. Diet as a risk factor for atopy and asthma. J Allergy Clin Immunol 2005;115:1109–17
Bolte G, Frye C, Hoelscher B, Meyer I, Wjst M, Heinrich J. Margarine consumption and allergy in children. Am J Respir Crit Care Med2001;163:277–9
Dunder T, Kuikka L, Turtinen J, Rasanen L, Uhari M. Diet, serum fatty acids, and atopic diseases in childhood. Allergy2001;56:425–8.
West CE, D’Vaz N, Prescott SL. Dietary immunomodulatory factors in the development of immune tolerance. Curr Allergy Asthma Rep 2011;11:325-33.
Anderson J. W, Johnstone B. M, Cook-Newell M. E. Meta-analysis of the effects of soy protein intake on serum lipids. New England Journal of Medicine. 1995;333:276–282
Lack G, Fox D, Northstone K, Golding J the Avon Longitudinal Study of Parents and Children Study Team. 2003. New England Journal of Medicine, 348, 977–985
Munro I. C, Harwood M, Hlywka J. J, Stephen A. M, Doull J, Flamm W. G, Adlerereutz H. Soy isoflavones: A safety review. Nutrition Review. 2003;61:1–33
Nwaru BI, Erkkola M, Lumia M et al. Maternal intake of fatty acids during pregnancy and allergies in the offspring. Br J Nutr 2012;108:720-32.
Lowe AJ, Thien FC, Stoney RM et al. Associations between fatty acids in colostrum and breast milk and risk of allergic disease. Clin Exp Allergy 2008;38:1745-51
Xu Q, Yajima T, Li W, Saito K, Ohshima Y, Yoshikai Y. Levan (b-2, 6-fructan), a major fraction of fermented soybean mucilage, displays immunostimulating properties via Tolllike receptor 4 signalling: induction of interleukin-12 production and suppression of T-helper type 2 response and immunoglobulin E production. Clin Exp Allergy 2006;36: 94-101
Sumber: Roots of Science
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel