≡ Menu

Elakkan 5 Jenis Makanan Ini Dalam Diet. Kerana Ia Menggalakkan Proses Penuaan


1.Hentikan pengambilan soda. 1 tin soda tiddak dinafikan mampu menyegarkan diri, tapi tahukah anda, ianya tidak berkhasiat kerana tidak mengandungi sebarang khasiat dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Minuman sebegini tidak baik untuk kesihatan, malah memberikan kesan buruk, kerana menggalakkan pengambilan gula berlebihan yang mana mengakibatkan anda naik berat badan, dan mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit kronik lain seperti penyakit jantung. Kajian 22 tahun yang melibatkan 40000 orang mendapati, setiap minuman bergula ini jika diminum meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 19-25%.

 

2.Kurangkan karbohidrat kosong. Karbohidrat dari sumber bijirin halus seperti pasta, nasi dan roti, diurai menjadi gula jauh lebih cepat berbanding karbohidrat dari sumber makanan yang berserat. Gula berlebihan boleh mengundang kepada masalah insulin dan kenaikan berat badan. Tidak semua karbohidrat memberikan keburukan. Perbanyakkan mengambil karbohidrat kompleks dari sumber kekacang, sayuran, bijirin penuh, yang mana mengambil masa lebih banyak untuk diuraikan menjadi gula, menjadikan pengaliran gula dalam darah lebih stabil dan berpanjangan. Mereka yang mengambil 3 dari 5 hidangan makanan terdiri daripada bijirin penuh mempunyai 26% lebih rendah risiko untuk mendapat diabetes tahap 2, dan 21% lebih rendah risiko untuk mendapat penyakit kardivaskular.

BACA:  Awas! 6 Perkara Yang Dilakukan Akan Menyebabkan Rezeki Anda Tidak Berkat

3.Elak guna pandu lalu. Rangkaian restoran makanan segera menawarkan makanan yang sememangnya sedap, tapi mengundang bahaya kerana mengandungi kandungan lemak trans dan lemak tepu yang mana tidak baik untuk kesihatan dengan risiko mendapat penyakit jantung dan membawa kepada kematian. Satu kajian di Singapura mendapati bahawa mereka yang memakan makanan segera 2 atau 3 kali seminggu mempunyai 56% lebih tinggi risiko untuk mati akibat penyakit jantung. Jika anda mengidamkan atau teringin untuk menikmati makanan segera, pastikan anda memilih dengan bijak. Order dari pilihan menu kanak-kanak, dan jauhi minuman soda.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4.Jauhi daging yang mengandungi tinggi lemak. Tidak salah untuk sekali-sekala menikmati daging sirloin atau burger, namun memakan terlalu banyak makanan tinggi lemak mengundang kepada penyakit jantung, yang mana secara tidak langsung memendekkan jangka hayat hidup anda. Para penyelidik menganalisa data yang dikumpul selama 26 tahun,mendapati wanita yang makan 2 hidangan daging merah setiap hari mendapat 30% risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit kardiovaskular. Jika anda ingin menikmati hidangan daging merah, pastikan tidak melebihi berat 3oz atau bersaiz dek kad, dan buang bahagian lemak sebelum memasak. Satu kajian mendapati, hidangan daging jika ditukar ke hidangan ikan,ayam atau kekacang, dapat merendahkan risiko menghidap penyakit jantung sebanyak 21% bagi ikan, 19% bagi ayam dan 30% bagi kekacang.

BACA:  Saintis UK Akan Mengesan Mutasi Yang Dibuat Oleh Coronavirus

 

5.Lupakan daging yang diproses. Satu kajian di Eropah mendapati mereka yang mengambil lebih dari 5.5oz daging proses sehari mempunyai 7% lebih risiko untuk mati akibat penyakit kardiovaskular dan 21% lebih risiko untuk mati akibat kanser. Daging proses merbahaya untuk kesihatan kerana mengandungi lemak tepu dan kolestrol yang banyak, juga tinggi dalam kandungan perasa yang meransang perubahan karsinogenik dalam badan. Para penyelidik memberi kesimpulan bahawa jika anda makan kurang dari 3/4oz daging proses setiap hari, lebih dari 3% kematian pramatang akibat penyakit jantung dan kanser dapat dielakkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel