≡ Menu

Dosa Berguguran Apabila Dua Orang Bersalaman


Soal :

Benarkah seorang yang berkata hadith besalaman tangan dapat menghapuskan dosa itu adalah palsu?

Jawab :

Hadith Pertama

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

artinya : Dari Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. beliau berkata : “Rasulullah saw telah bersabda : Tidaklah dua orang Muslim berjumpa kemudian mereka bedua saling berjabat tangan kecuali diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Hadith Hasan Riwayat Abu Daud & Tirmizi)

BACA:  10 Cendekiawan Non-Muslim Beri Pendapat Mengenai Nabi Muhammad S.A.W

Hadith Kedua :

Dari Hudzaifah r.a. beliau berkata : Rasulullah saw telah bersabda :

إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَ أَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ

artinya : “Sesungguhnya orang mukmin itu apabila berjumpa dengan orang mukmin yang lain lalu ia mengucapkan salam kepadanya kemudian memegang tangannya dan berjabat salam maka jatuh berguguran dosa-dosa mereka sebagaimana berguguran dedaunan dari pepohonan.” (Hadith Sahih Riwayat At-Thabarani)

Kesimpulan :

– Hadith yang menyatakan berjabat salam itu menggugurkan dosa adalah sahih.

– Amalkan berjabat salam bila sahaja berpeluang kerana dosa-dosa kita akan terhapus.

– Sunat berjabat salam di mana sahaja kita berjumpa dengan saudara seagama dengan kita.

– Orang yang berkata hadith bersalaman menggugurkan dosa itu adalah palsu adalah orang jahil dan dan agama melarang kita mengambil perkataan dari orang jahil.

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original) 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel