≡ Menu

Doa Selepas Wudhu’ Yang Membuka Pintu Syurga Menurut Hadis!


Wudhu adalah amalan sunat, namun hukumnya berubah menjadi wajib apabila dilakukan untuk bersolat. Di dalam wudhu, terdapat tatacara tertentu yang perlu dipelihara supaya solat yang dilakukan menjadi sah.

Selain itu, terdapat juga amalan yang ringkas tetapi besar ganjarannya jika dilakukan selepas mengambil wudhu. Tidak lain tidak bukan, ia adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua.

Daripada Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ : أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ .

BACA:  Buah Kiwi, Tak Ramai Tahu Ia Lebih Kaya Dengan Vitamin C berbanding Oren!

Maksudnya: Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ”

kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu. (Riwayat Muslim – no.234, Abu Daud – no.169, al-Nasa’ie – no.148, Ibn Majah – no.470 dan al-Tirmizi – no.55)

Ada ahli tafsir yang menjelaskan bahawa dibuka baginya pintu syurga ialah Allah akan memudahkannya jalan baginya menuju syurga. Bagaimana caranya? Allah akan menyediakan amalan-amalan untuk dilakukan yang akan menjadi asbab dia menuju pintu tersebut.

BACA:  Mulakan Hari Dengan 4 Keadaan Yang Baik

Jika diperhatikan dalam hadis di atas, perkataan yang digunakan bagi ‘membuka’ ialah ‘futihat’ (فتحت), iaitu fe’il madhi (kata kerja yang telah lepas). Di dalam ilmu Bahasa Arab, apabila fe’il madhi digunakan pada suatu situasi yang belum terjadi (akan datang), maka ia membawa makna tahqiq bagi menerangkan ia pasti benar-benar terjadi.

Sungguh mudah bagi Allah jika ingin memberi mahupun mengambil sesuatu daripada hamba-hambaNya. Kita hanya perlu menurut segala perintahNya yang pasti akan mendatangkan kebaikan buat kita. Wallahua’lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel