Dibaca pada takbir yang ke tiga solat jenazah.
Doa bagi jenazah lelaki dewasa
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
artinya : “Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”
Doa bagi jenazah perempuan dewasa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاَ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
artinya : “Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”
Doa bagi jenazah kanak-kanak lelaki
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهُ
artinya : Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak lelaki ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.
Doa bagi jenazah kanak-kanak perempuan
اللَّهُمَّ اجْعَلْهاُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهاِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهاِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهاُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهاُ
artinya : Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.
Wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel