≡ Menu

Dilarang Bergambar Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi


Kerajaan Arab Saudi mengenakan larangan mengambil gambar dan video menggunakan mana-mana peranti untuk sebarang tujuan di dua masjid di Tanah Suci.

Menurut beberapa laporan, larangan tersebut dikenakan di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah.

Akhbar Turki, Daily Sabah melaporkan bahawa larangan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi pada 12 November lalu.

BACA:  Bersolat Di Atas Kapal Yang Besar? Bagi Yang Bekerja Di Laut, Ini Cara Islam Ajar

Jakarta Post melaporkan perubahan tersebut disampaikan oleh Kementerian Luar Arab Saudi menerusi nota diplomatik yang dikirimkan kepada wakil-wakil negara yang terakreditasi di Arab Saudi, termasuk kedutaan Indonesia di Riyadh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kedutaan itu menerima surat berkenaan pada 15 November lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan untuk melindungi dan memelihara kesucian tempat itu dan tidak menganggu jemaah beribadah.

BACA:  Benarkah Kolestrol Yang Tinggi Menjadi Penyebab Darah Membeku? Baca Penjelasan Doktor
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel