≡ Menu

Diet Pisang Selama 8 Bulan, Hilang 42 Kilogram Berat Badan! Baca Lebih Lanjut!


Saiz badan bukan semata-mata mengenai penampilan, tetapi merupakan salah satu kayu ukur tahap kesihatan seseorang. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, satu daripada dua orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti.

Menurut data Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pula, kanak-kanak di Malaysia paling ramai mengalami masalah kegemukan di Asia Tenggara setelah Brunei. Hal ini bukanlah satu fakta yang membanggakan kerana masalah berat badan sering dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, penyakit nombor satu membunuh rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Oleh itu, menjaga berat badan bukan sahaja penting untuk kecantikan penampilan luaran, tetapi penting untuk kesihatan tubuh badan. Di sini kami berkongsi caranya untuk menguruskan badan dari 90 kilogram (kg) kepada 48 kg dalam tempoh lapan bulan sahaja dengan hanya mengambil 5 biji pisang setiap hari. Berikut merupakan perkongsiannya.

BACA:  Wah! Rupanya Ini 6 Sebab Kenapa Perlu Makan Timun Setiap Hari!

Syarat utama;

Wajib ada Geng Kurus. (Cara mudah ajak BFF kurus bersama)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bangun pagi

1. Minum 200 ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejutkan buah pinggang awak tiba-tiba kena proses air manis dulu)

2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rasa macam kembang je dalam perut tu sebab pisang kaya dengan serat)

3. Sarapan pagi boleh buat diet Atkins jika perlu. Akak selang seli kan makan sosej goreng/telur mata/roti gandum penuh dengan salad dan mayonis.

Tengahari

1. Sebelum makan tengahari, makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)

2. Boleh buat diet Atkins jika perlu. (Tapi akak ni anak dah 3, ada anak kecil lagi umur 3 tahun jadi kalau tak makan nasi akak boleh menggigil. Jadi akak hadkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan wajib lauk sayur atau ulam dan 1/4 lagi ayam atau ikan bakar)

BACA:  Ini Manfaat Bakhoor, Terapi Aroma Tradisi Islam

Makan malam (Sebelum 6 pm)

1. Boleh buat diet Atkins jika perlu (akak pula petang-petang macam ni akak suka makan biskut Weetameal, jadi bila perut dah rasa kembang, akak berhenti makan biskut. Ataupun petang-petang akak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh-bolehnya elakkan).

2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.

Dalam tempoh 12 hari pertama, gunakan pisang Cavendish dan meneruskan diet pada hari ke-13 dengan cara kurangkan karbohidrat dan melebihkan protein.

Selain itu, kami turut berkongsi tips untuk mengempiskan perut dengan hanya mengambil air lemon suam pada waktu pagi tanpa gula. Untuk lebih baik, kami menyarankan untuk mencampurkan minuman tersebut dengan halia untuk membuang angin di dalam badan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel