≡ Menu

Dapat Menyembuhkan Sakit Mata? Inilah Khasiat Makan Cendawan Menurut Ilmuan Islam


 Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Definisi Cendawan

Cendawan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah: Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dapat dimakan).[1]

Ia merupakan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.

Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.[2]

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jenis-jenis Cendawan

Cendawan mempunyai banyak jenis. Ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan. Antara negara pengeksport cendawan terbesar di dunia adalah China dan sebahagian negara eropah. Di Malaysia juga mempunyai banyak cendawan sama ada ditanam atau yang masih wujud di hutan. Antara jenis cendawan ialah:

Tiram Kelabu
Shiitake
Cendawan Enoki/ Golden Needle
Butang Putih
Butang Perang
Jeli Hitam
Ganoderma
Tiram Putih
Cendawan Abalone

Pandangan Tokoh Perubatan Berkenaan Cendawan

Prof. Madya Dr. Siti Aisah Alias, penyelidik di Institut Sains Biologi menyebut, kulat atau juga dikenali sebagai Fungi merupakan satu daripada enam kingdom organisma hidup. Selain Fungi, lima kingdom yang lain adalah Plantae, Animalia, Archaebacteria, Eubacteria dan Protista. Kulat sendiri terbahagi kepada lima bahagian iaitu Askomikota, Basidiomikota (cendawan tergolong di bawah bahagian ini), Deuteromikota, Zigomikota dan Citridiomikota.

BACA:  Awasi Golongan Yang Ruwaibidhah Pada Akhir Zaman Ini. Rasulullah Dah Warning!

Kulat telah terbukti dapat memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan hidup manusia. Fungsi kulat dapat dilihat menerusi kegunaannya dalam proses pembuatan roti, penghasilan antibiotik dan proses penapaian untuk penghasilan wain.

Kulat secara amnya amat penting dalam pelbagai tujuan khususnya dalam bidang perubatan. Kulat dan metabolitnya telah menjadi tumpuan sejak penemuan penisilin oleh Sir Alexander Fleming.

Kumpulan organisma ini bukan saja mempamerkan aktiviti antibakteria tetapi juga pelbagai jenis bioaktiviti yang lain seperti imunosuppresi (hentikan tindak balas penolakan apabila organ baru dimasukkan ke dalam badan), vitamin dan sitotoksisiti (keracunan).

Cendawan juga merupakan organisma yang amat berguna sebagai makanan dan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan rendah kolestrol.[3]

Martin Powell, seorang ahli biokimia yang juga pensyarah di Universiti Westminister, London berkata bahawa cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden. Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.

Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion).

Dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks. Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser. Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.[4]

Berdasarkan kajian oleh Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan seperti: (antaranya) Auricularia sp (Telinga kera /Jeli hitam) dapat membantu merawat gangguan kardiovaskular dengan mencairkan darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendahkan tahap kolesterol dan lipid, agen antioksida, melindungi DNA dan membantu mengurangkan berat badan.

BACA:  Tak Pernah Tahu, Suami Pun Sebenarnya Boleh Nusyuz. Suami Sila Ambil Perhatian

Schizophyllum commune (Cendawan kukur) Mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh; anti-radangan, anti bakteria, anti parasit dan melindungi hati.[5]

Hadis Nabi SAW

Diriwayatkan daripada Sa’id bin Zaid R.A, Rasulullah SAW bersabda:

الْكَمْأَةُ مِنَ الْمَنِّ وَمَاؤُهَا شِفَاءٌ لِلْعَيْنِ

Maksudnya: “Al-Kam’ah itu berasal dari Manna dan airnya penyembuh sakit mata.”

Riwayat al-Bukhari (5708) dan Muslim (5463)

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan maksud al-Kam’ah di sini telah menukilkan beberapa pandangan ulama’:

Al-Kam’ah adalah menyerupai al-Manna di mana Allah turunkannya kepada Bani Israel. Hal ini disebabkan ia diperolehi oleh manusia tanpa mengeluarkan sebarang kos, meletakkan baja/ubat, menyiram dan sebagainya. Maknanya ia tidak perlu ditanam serta diusahakan disebabkan (sifat) ia yang tumbuh dengan sendiri. Kebanyakan ulama’ hadis berpendapat seperti ini.

Al-Kam’ah merupakan sebahagian daripada al-Manna yang Allah turunkan kepada Bani Israel secara hakiki. Mereka berpegang dengan zahir lafaz hadis ini. Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim(14/4)

Al-Hafiz Ibn Hajar pula dalam menjelaskan maksud al-Kam’ah berkata: Al-Kam’ah ialah tumbuhan yang tidak berdaun (pada dahan) dan tidak berbatang yang tumbuh di atas muka bumi dan tidak perlu ditanam.

Lihat Fath al-Bari (10/163)

Dalam sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A menyebut:

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا الْكَمْأَةُ جُدَرِيُّ الْأَرْضِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَمْأَةُ مِنْ الْمَنِّ وَمَاؤُهَا شِفَاءٌ لِلْعَيْنِ

Maksudnya: Sekumpulan sahabat Nabi SAW berkata kepada Baginda: al-kam’ah adalah akar yang ada di dalam tanah. Nabi SAW menjawab: Sebenarnya al-kam’ah adalah daripada al-mann dan airnya dapat menyembuhkan (sakit) mata.

Riwayat al-Tirmizi (2068).
Menurutnya ia hadis hasan.

Oleh kerana, cendawan merupakan banyak jenis, maka kami tidak tentukan jenis-jenisnya.

Semoga persoalan yang diutarakan kepada kami berkenaan dengan cendawan telah kami nyatakan dengan jelas berdasarkan nas hadis dan jjuga dapatan kami daripada pakar penyelidik.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel