≡ Menu

Contohilah Pendidikan Kanak-Kanak Di Finland, Budak Pun Tak Stress


Melihat sistem pendidikan yang ada di Malaysia membuatkan kita membandingkan sistem pendidikan dalam negara dengan negara-negara luar yang jauh lebih ke depan dan maju dan Malaysia. Bukan nak kata sistem pendidikan di Malaysia tak bagus, cuma apabila melihat bagaimana sistem pendidikan di negara-negara luar jauh lebih baik dan bagus membuatkan diri berasa cemburu.

Antara negara-negara luar yang mempunyai respon serta penilaian sistem pendidikan yang terbaik di dunia adalah Finland! Finland kini diantara negara-negara peneraju yang memiliki sistem pendidikan serta persekitaran pembelajaran yang sangat bagus untuk kanak-kanak.

Pasti ramai yang ingin mengetahui apa yang menyebabkan sistem pendidikan di Finland ini, adalah yang terbaik di dunia. Berikut 10 sebab utama Finland mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di dunia.

#1 Tiada Ujian Spesifikasi/Piawaian Am

Di Finland tiada sebarang ujian spesifikasi yang dijalankan, mereka hanya memiliki ujian yang di kenali sebagai National Matriculation Exam. Ujian ini merupakan ujian sukarela untuk para pelajar yang berada pada tahun akhir sekolah menengah atas. Ke semua kanak-kanak di Finland di gredkan secara individual menerusi sistem yang telah di set oleh guru-guru mereka sendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2 Guru-Guru Tidak Perlu Bertanggungjawab

Sepanjang sistem pendidikan diwujudkan, senario di mana ibu bapa mempersalahkan guru-guru atau guru bertanggungjawab ke atas hal-hal tertentu, biasa di lihat dengan mata kasar. Tetapi di Finland, tiada situasi sedemikian ini kerana piawaian menjadi seorang guru sangat tinggi. Menurut Pengarah Kementerian Pendidikan Finland, Pasi Sahlberg berkata

“Tiada istilah kebertanggungjawapan di Finland. Perkataan ini digunakan apabila tanggungjawab tersebut telah di tolak.“

Di Finland, bagi yang ingin menjadi seorang guru hendak memiliki ijazah sarjana sebelum memasuki bidang perguruan. Program perguruan adalah bidang yang paling tegas dan selektif diantara ke semua bidang yang terdapat di Finland.

#3 Kerjasama Lebih Penting Daripada Bersaing

Tidak seperti negara-negara lain di mana sistem pendidikan mereka menggalakan persaingan, tetapi tidak bagi Finland di mana mereka percaya bahawa “Pemenang yang sebenar tidak bersaing” dan ironiknya ideal ini telah menjadikan mereka lebih kehadapan dalam sistem pendidikan antarabangsa.

BACA:  Awas Ibu bapa, Telinga Anak-Anak Kecil Lebih Mudah Dijangkiti Berbanding Telinga Orang Dewasa.

Sistem pendidikan di Finland tidak merasa risau terhadap sistem merit yang di buat oleh manusia ini. Dan mereka tidak mempunyai senarai guru-guru terbaik atau sekolah-sekolah yang terbaik, ini kerana persekitaran persaingan sebegitu adalah tidak bagus dan sepatutnya persekitaran untuk pendidikan yang terbaik adalah dengan bekerjasama.

#4 Jadikan Perkara Asas Keutamaan

Back to the basic, itulah yang dilakukan di Finland di mana program pendidikan mereka memberi fokus atau keutamaan terhadap perkara asas. Ia berkisarkan tentang bagaimana persekitaran yang sesuai dan bagus untuk pembelajaran para pelajar serta beberapa perkara asas yang utama antaranya:

Pendidikan merupakan instrumen untuk seimbangkan ketidaksamaan sosial.
Ke semua pelajar menerima makanan secara percuma di sekolah.
Kemudahan penjagaan kesihatan.
Kaunseling psikologi.
Bimbingan secara individu
Finland mula membentuk masyarakat menerusi sistem bimbingan secara individu dalam menyeimbangkan perseandkitaran ketidaksamaan di Finland. Memang terbaik, bukan semua negara memiliki sistem pendidikan seperti di Finl ni.

#5 Pelajar Mula Bersekolah Pada Usia 7 Tahun

Lagi-lagi Finland! Kanak-kanak di Finland mula bersekolah apabila mereka berusia 7 tahun, mereka di beri kebebasan dalam mengembangkan zaman kanak-kanak mereka dan tidak terikat dengan sistem pendidikan yang wajib. Bak kata orang “Let a kid be a kid.”

Di Finland, anak-anak ini wajib menghadiri sekolah selama 9 tahun dan apabila mereka berusia 16 tahun atau gred 9, mereka boleh memilih untuk memasuki program ke universiti atau program persediaan kerjaya. Bestnya!

#6 Tawar Pilihan Program Vokasional Dan Universiti

Sekolah menengah atas di Finland memiliki program 3 tahun, di mana program tersebut menyediakan para pelajar untuk menduduki ujian matrikulasi bagi yang ingin memasuki universiti. Kebiasaannya para pelajar akan bersedia berdasarkan keistimewaan atau bakat yang mereka perolehi semasa berada di sekolah tinggi.

Selain itu, bagi yang ingin terus ke alam pekerjaan, sistem pendidikan di Finland mempunyai pendidikan vokasional yang merupakan program praktikal selama 3 tahun dalam menyediakan para pelajar untuk memasuki mana-mana bidang kerjaya yang diingini. Kool gila!

#7 Boleh Bangun Lewat Ke Sekolah!

BACA:  Air Tangan Orang Yang Meninggalkan Solat. Nauzubillah. Lebih Hina Dari Air Kencing Anjing

What, boleh bangun lewat ke sekolah? Serius, rasanya sistem pendidikan di Finland je yang buat macam ni. Sekolah di Finland biasanya bermula dari 9.00 pagi ke 9.45 pagi dan tamat diantara jam 2.00 petang ke 2.45 petang.

#8 Guru Yang Sama Ditugaskan Sepanjang Tempoh 6 Tahun

Biasanya jika ada guru kegemaran yang mengajar kita subjek yang di minati di kelas kita, pastinya kita inginkan guru yang sama apabila kita naik darjah atau gred bukan?

Sistem pendidikan di Finland memang terbaik, di mana guru-guru yang mengajar mereka pada tahun pertama akan bertugas dan mengajar mereka selama tempoh 6 tahun mereka bersekolah. Kelebihan guru-guru yang sama mengajar mereka adalah, segala perkembangan mereka akan mudah di pantau dan di bimbing.

#9 Persekitaran Yang Lebih Tenang Dan Kasual

Tahu tak, di sekolah di Finland hanya mempunyai beberapa kelas dalam sehari serta mempunyai beberapa kali waktu makan! Sepanjang sesi persekolahan berjalan, para pelajar lebih relax dan kasual je di sekolah.

Selain itu, persekitaran sebegini juga diperlukan oleh para guru. Sekolah di Finland menyediakan bilik guru yang santai di mana di bilik guru, para guru dapat beristirehat dan bersosial bersama guru-guru yang lain. Kebajikan guru juga perlu di jaga agar mereka dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

#10 Kurang Buat Kerja Rumah!

Pelajar dan kerja sekolah berpisah tiada! Ya, itu lah pendekatan yang sesuai digambarkan dalam kehidupan seharian para pelajar. Begitu juga para pelajar di Finland, di mana mereka juga tidak lari menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka.

Cuma apa yang berbeza di Finland adalah, kerja rumah yang diberikan kepada para pelajar adalah sedikit! Ya, sikit je kerja rumah yang perlu di siapkan. Hebat tak?

Memang jeles tengok sistem pendidikan di Finland ni, agak-agak akan datang sistem pendidikan di negara kita dapat tak jadi macam Finland ni?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel