
Sejak dulu lagi kita sering mendengar pepatah atau rangkap ayat ‘ guru jambatan ilmu’ yang membawa maksud yang mendalam sebenarnya kepada kita semua yang pernah bergelar sebagai pelajar.
Selain ibu dan bapa, guru juga sering disanjung tinggi, dihormati dan mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mereka merupakan penjaga dan pendidik kita jika di sekolah.
Bagaimapun, jika kita lihat isu semasa, semakin banyak kes ibu bapa murid yang bergaduh dengan guru dan begitu juga dengan murid itu sendiri apabila mereka dilihat mula tidak menghormati seorang insan bergelar guru.
Entri kali ini akan menerangkan tentang lima perkara yang ibu bapa tahu tentang seorang guru. Meskipun hanya insan biasa, mereka ini membawa pengaruh besar kepada kita semua.
Mari ikuti perrkongsian ini dan semoga bermanfaat.
5 Benda Mak Ayah WAJIB Tahu Tentang Cikgu
1. Cikgu ni tempat anak kita bertanya dan menuntut ilmu. Tugas mengasuh dan mendidik anak tu tetap 100% di bawah bahu kita mak ayah

2. Cikgu ni tetap manusia biasa. Bila ada salah dan silap tu tegurlah tapi biarlah dengan saluran yang betul dan dengan cara yang berhikmah
3. Cikgu ni walaupun sporting macam mana pun mereka bukannya kawan anak kita. Mereka tu GURU mereka. Jadi ajarlah anak kita untuk jaga adab dan kata kata dengan guru. InsyaAllah berkat hidup anak kita bila mereka pandai hormat orang yang beri mereka ilmu
4. Cikgu ni besar jasanya pada anak kita. Walaupun nampak cikgu cuma ajar benda yang remeh pada mata kita tapi kita tak tahu mungkin benda remeh tu la yang paling anak kita perlu suatu hari nanti
5. Cikgu ni bebannya banyak dan berat. 1 guru tu kadang nak kena jaga sampai 30 orang murid. Tak mampunya mereka nak fokus kat anak kita sorang je. Jadi, tanggungjawab kita la untuk bagi fokus secara eksklusif pada anak kita sendiri.
Kalau bukan kita, siapa lagi?

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel