≡ Menu

Carian Google sudah menunjukkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel


ENJIN carian terbesar dunia, Google telah mula menunjukkan Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel pada carian mereka, selepas Amerika Syarikat mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.

Keputusan pada carian Google akan menunjukkan ‘Jerusalem’ jika ayat ‘ibu negara Israel’ atau ‘capital of Israel’ ditaipkan, di mana sebelum ini keputusan akan menunjukkan ‘Tel Aviv’.

Begitu juga jika perkataan ‘Israel’ ditaipkan, ia akan menunjukkan ‘capital of Israel’.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis menjadi presiden pertama AS yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

BACA:  Menurut Nabi Muhammad S.A.W, Sebaik Baik Perbelanjaan Adalah..

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Keputusan pada carian Google akan menunjukkan ‘Jerusalem’ jika ayat ‘ibu negara Israel’ atau ‘capital of Israel’ ditaipkan.

Keputusan AS itu menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dalam apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian Islam, serta menolak sekeras-kerasnya usaha AS itu.

BACA:  LGBT: Tanda Manusia Hilang Kewarasannya. Nauzubillah

Selain mendapat kecaman seluruh dunia, pemimpin Hamas, Ismail Haniya menyifatkan keputusan tersebut sebagai deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan ‘intifada’ atau pemberontakan.

Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Trump itu ‘membunuh’ proses perdamaian Israel-Palestin.

Sumber: Awani

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel