≡ Menu

Cara Kira Zakat Simpanan Mengikut Fatwa Terbaru di Selangor


Bagaimana Kira Zakat Simpanan Korang?

Hari ini aku nak kongsi kira Zakat Simpanan mengikut Fatwa Terbaru di Selangor. Mungkin berbeza dari yang korang guna sebelum ini.

Contoh simpanan :

1. Tabung Haji : RM15,000
2. Maybank : RM5,000
3. Public Bank : RM5,000
4. CIMB : RM5,000
5. Tunai di tangan : RM1,000

Berapa Zakat yang wajib dibayar?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebelum tu, korang dikenakan Zakat Simpanan kalau korang menepati syarat wajib ini :

1. Simpanan Melebihi Nisab (Harga 85 gram emas : RM14,857)
2. Cukup Haul (Tempoh Setahun)
3. Sempurna Milik (Sebab tu KWSP belum dikenakan zakat)

BACA:  5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis! Wow!

*Ikut Fatwa Baru : Zakat Simpanan dikira baki hujung akhir. Bukan terendah.

 Cara Kira Zakat Simpanan:

Jumlah Wang Akhir Haul : RM15k + RM5k + RM5k + RM5k + RM1k = RM31,000 (Lebih Nisab – Dah Wajib Zakat).

Sebab Tabung Haji dah keluarkan zakat, jadi kita keluarkan duit Tabung Haji (RM15,000).

Jumlah Zakat Wajib Bayar : RM16,000 x 2.5% = RM400.

KEYPOINT – Jika simpanan lebih Nisab, keseluruhan jumlah simpanan dikenakan zakat 2.5%. Tidak mengira dari mana Wang tersebut berada.

BACA:  Nama Nama Syurga Yang Diceritakan Di Dalam Al-Quran

Contoh 2 yang lagi tricky:

Tabung Haji : RM20,000
Maybank : RM2,000
Tunai : RM1,000.

Berapa Zakat kena bayar?

Jumlah Wang Akhir Haul : RM23,000 (Lebih Nisab – Wajib Dizakatkan)
Jumlah dah dizakatkan : RM20,000
Balance belum zakat : RM3,000

Jumlah Zakat Kena Bayar : RM3,000 x 2.5% = RM75

Mohon sebarkan untuk ilmu sahabat yang lain. Terima kasih.

Sumber: inspireacade.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel