Bubur Talbinah. Inilah nama makanan yang sering dimakan oleh Nabi SAW dan merupakan resepi baginda. Mungkin sebahagian daripada anda tidak pernah mendengar tentang Bubur Talbinah ini. Sebenarnya ia adalah sejenis bubur yang berasaskan biji barli.
Ia bukan biji barli mutiara yang biasa yang kita gunakan untuk membuat air minuman tetapi ia merupakan biji barli yang masih belum dikisar atau diproses. Fibernya masih melekat pada biji atau beras barli tersebut. Biasanya Bubur Talbinah diperbuat daripada barli yang telah dijadikan tepung.
Bubur Talbinah
Tepung barli tersebut akan dimasak dengan air atau susu dan madu. Manakala Ibn al-Qayim menerangkan talbina adalah sebagai sup yang dicampur dengan yogurt.
BAGAIMANA CARA MENYEDIAKAN BUBUR TALBINAH?
Bahan-Bahan:
# 2 sudu besar tepung barli.
# 1 1/2 cawan air atau susu
# 1 sudu besar madu
Cara Memasak:
1. Masukkan kesemua tepung Barli tadi ke dalam periuk.
2. Masukkan 1 1/2 cawan air atau susu tadi.
3. Masak dengan api sederhana selama 10 ke 15 minit.
4. Apabila bubur sudah masak, perasakan manisnya dengan 1 sudu besar madu.
5. Siap untuk dihidangkan.
NOTA: Jika anda ingin membuat sup, air tadi bolehlah digantikan dengan air stok ayam atau daging dan campurkan dengan sayur-sayuran.
KHASIAT
Bubur Talbinah sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, mengurangkan paras kolestrol dalam darah, merawat penyakit kencing manis, merawat ganguan tidur dan juga merawat penyakit parkinson. Ia adalah sesuai untuk diet yang sihat.
Resepi untuk membuat atau memasak bubur talbiah ini telah berubah mengikut peredaran masa tetapi bahan utamanya adalah biji barli atau Hordeum Vulgare. Kita juga sering mendengar tentang bijirin oat kerana ia mempunyai ciri-ciri kebaikan kesihatan yang sama dengan barli.
Walau bagaimanapun, bubur talbinah tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Istimewanya bubur talbinah kerana ia adalah resepi dari junjungan besar Rasullulah SAW.
Semoga anda mencuba resepi ini. Ianya sangat mudah. Sangat sesuai dihidangkan kepada keluarga kita yang bermasalah dengan perlbagai penyakit. Sedangkan resepi barat yang banyak mengundang penyakit kita mampu cuba, kenapa tidak yang ini.
SELAMAT MENCUBA
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel