≡ Menu

Bila Allah Mengizinkan Sesuatu, Tiada Kuasa Mampu Melawan! Kejayaan Anak Bergelar AL-HAFIZ, AZIZAH ARIFFIN Kongsi Cara Didikan


Beberapa hari lalu, instagram kepunyaan personaliti TV, Azizah Ariffin dihujani ucapan tahniah daripada para peminatnya. Pelbagai ucapan yang positif diterima apabila Azizah memuat naik posting mengenai kejayaan anaknya, Ashriel Afiq telah bergelar Al Hafiz dan menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Sebagai ibu, sudah semestinya perkara ini menjadi salah satu berita gembira untuk dikongsikan.

Lebih memberi inspirasi apabila Azizah menyatakan bahawa Ashriel Afiq semasa kecil paling lemah untuk mengaji. Malah, ketika dihantar mengaji bersama seorang ustazah, Ashriel Afiq sering menangis. Tambahan pula, dia tidak menerima pendidikan secara formal di sekolah agama ketika menuntut di peringkat sekolah rendah.

“Namun, alhamdulillah. Bila Allah mengizinkan sesuatu, tiada kuasa mampu melawan. Minat Ashriel datang sendiri apabila dia melangkah ke alam persekolahan menengah,” ujar Azizah memulakan bicara.
Tambah Azizah lagi, sebagai ibu bapa dia memberi galakan dan dorongan untuk anak-anaknya mengejar impian mereka dan sokongan menjadi antara elemen utama yang mendorong kejayaan anaknya itu.

“Dari segi pemakanan semua sekolah Maahad amat mementingkan soal penjagaan pemakanan pelajarnya. Sebab itu anak-anak tahfiz tidak dibenarkan pulang bercuti di rumah. Dua minggu sekali baru boleh balik. Jadi sebagi ibubapa, apabila di rumah harus meneruskan penjagaan pemakanan mereka. Beri mereka makan lebih banyak ikan, ayam organik dan elakkan makan jajan atau makanan yang tidak berkhasiat,” ujar Azizah yang menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga tersayang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Kami sekeluarga mengamalkan quranic food atau makanan sunnah seperti minyak zaitun, jus delima, buah tin, kurma, cuka tin dan sebagainya. Kami sentiasa menggalakkan anak-anak untuk menjadikan makanan ini sebagai hidangan snek mereka. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menukar bentuk pemakanan, tetapi lama-kelamaan seluruh anggota keluarga menyukainya,” ujar Azizah lagi.

BACA:  Ketahui Jenis Jenis Beras Dan Kegunaannya Dalam Diet!

Ketika ditanya mengenai dugaan menjaga anak tahfiz, personaliti televisyen yang jelita ini tidak menafikan terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi.
“Seperti anak remaja yang lain, jiwa mereka adakalanya inginkan kebebasan, keseronokan dan ingin bersama kawan dan sebagainya. Jadi, ketika pulang bercuti mereka sama seperti anak-anak yang lain ingin menonton wayang dan sebagainya, Saya tidak terlalu strict bab ni dan bagi dia keluar bersama kawan. Cuma perlu pantau juga cerita apa yang ditonton kerana jika cerita itu mendedahkan aurat dan sebagainya, ia boleh menjejaskan hafazan. Pergaulan dengan kawan-kawan juga perlu dipantau. Maklumlah kawan-kawan lain lebih bebas dan tidak perlu hafaz Al-Quran apabila di rumah. Tetapi alhamdulillah, Ashriel mempunyai kawan-kawan yang baik dari segi tingkah laku dan tidak sukar menetapkan peraturan untuk dipatuhi,” ujar Azizah yang ternyata amat bersyukur dengan kejayaan anaknya itu.
Azizah turut menitipkan pesanan untuk ibu bapa yang ingin anak mereka berjaya sebagai Al-Hafiz.

BACA:  Hamas tentang Abu Dis jadi ibu negara Palestin

Sebagai ibu bapa, faktor doa menjadi elemen utama untuk kejayaan anak-anak. Bukan sahaja doa untuk mereka terang hati untuk menghafaz Al-Quran, malah terang hati untuk berjaya di dalam pelajaran dan sebagainya. Doa dari seorang ibu atau bapa adalah paling mujarab untuk kejayaan anak-anak.
Selain itu, sentiasa beri galakan dan dorongan untuk anak-anak berjaya di dalam apa jua yang mereka ceburi.

Mulakan tabiat pemakanan yang baik untuk anak-anak seperti melatih mereka makan lebih banyak protein seperti ikan dan makanan sunnah yang sememangnya baik untuk perkembangan minda.

Sumber:nona

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel