≡ Menu

Betul Ke Bahaya Beri Anak Milo Seawal 4 Tahun? Baca Penjelasan Ini


Sebut saja milo semua orang mengenalinya. semua orang tahu iklan Milo sangat popular di kaca tv sejak berpuluh tahun lalu. Sering kedengaran suara iklan berbunyi “MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT”.

Milo bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga sangat gemar meminumnya. Seringkali lori milo datang ke sekolah-sekolah, tapak pesta dan lain-lain lokasi lagi akan menjadi rebutan tak kira tua dan muda serta kanak-kanak. Paling gembira dengan kehadiran lori tersebut adalah kanak-kanak sekolah.

Kita semua difahamkan bahawa tenaga harian kita akan bertambah jika minum segelas milo setiap hari. Ianya tersebar secara meluas bahawa minum milo akan memperolehi banyak kebaikan tetapi sebaliknya. Elakkan anak anda seawal usia 7 tahun dari meminum milo.

Milo
Kebiasaannya kedatangan lori milo mendapat sambutan kanak-kanak sekolah
Tahukah kita tentang keburukkan jika kerap meminum minuman ini?

Maltodextrin bukan sahaja tidak bagus kepada anak-anak, ia juga tidak bagus untuk semua peringkat usia. Apa itu Maltodextrin? Maltodextrin digunakan sebagai pemanis, pemekat, pengisi atau bahan pengawet dalam banyak makanan yang diproses .

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ia merupakan satu serbuk putih tiruan yang boleh diperolehi daripada proses enzim bahan kanji, biasanya dibuat daripada, beras, kentang atau gandum. Ia juga diperbuat daripada sirap jagung. Jagung pula sumbernya GMO.

BACA:  Maharaja China Hong Wu Puji Islam Dan Nabi Muhammad, Subhanallah

Maltodextrin
Maltodextrin, antara bahan yang terkandung dalam serbuk milo
Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.

Ia bukan saja untuk dibuat untuk produk makanan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian yang lain seperti minyak enjin, minyak gris, cat, bahan pelekat, plastik, minyak wangi, bateri dan banyak lagi. Jagung yang digunakan adalah bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan terus tetapi diproses terlebih dahulu.

Antara produk makanan yang mengandungi HFCS yang biasa kita makan ialah sebahagian besar produk Kellog’s, sebahagian besar produk Heinz, sebahagian produk Kraft, sebahagian produk cokelat Hershey’s, ais krim, Pepsi, Coca-Cola, Sprite, A&W, produk minuman Capri-Sun, emping jagung, minuman berkarbonat, minuman jus, campuran coklat, produk susu formula, jem, sos cili dan tomato, sos lada hitam, sos tiram, minuman kopi segera, roti, muffin, kek, snek, butter, pastri, biskut, bijirin, ubat batuk, ubat batuk Vicks, yogurt, sup Campbells dan banyak lagi.

HFCS

Kegunaan HFCS sangat popular dikalangan pengeluar produk makanan kerana harganya lebih murah dari gula tebu. Oleh itu ia digunakan secara meluas bagi menggantikan gula. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Antara Kesan negatif adalah menyah-nutrien dari tubuh. Proses ini menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.

BACA:  Anak Anak Adalah Pintu Rezeki. Bahagiakan Mereka, Nescaya Pintu Rezeki Akan Terbuka

Bagaimana jika anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin – unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Coklat

Kajian mendapati, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Sebagai contoh, setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.

Berhati-hati ketika membeli apa jua produk makanan. Buat pemeriksaan dengan teliti isi kandungan produk. Harus diingatkan bahawa kebanyakan produk penambah selera makan mengandungi maltodextrin.

Minuman kegemaran semua
Info tambahan. Malt extract atau ekstrak malt adalah berbeza dengan maltodextrin. Mungkin boleh diambil, tetapi jangan terlalu kerap. Kita harus mengawal pemakanan anak kita dan pastikan mereka mendapat cukup zat untuk membesar dengan sempurna.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel