≡ Menu

Berpurdah Itu Dituntut, Tapi Boleh Jadi Makruh Jika Kita Pakai Untuk..


HUKUM memakai purdah adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita. Namun pemakaiannya ketika solat pula berbeza hukumnya dengan keadaan biasa.

Pedoman

Perkara ini dijelaskan dalam kitab Kifaayatul Akhyar, maksudnya:

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian bergambar atau lukisan. Makruh juga wanita memakai purdah ketika solat kecuali jika keadaan di masjid itu terdapat ajnabi yang tidak menjaga pandangan mereka. Namun, jika dibimbangkan terjadinya perkara buruk, maka haram kepadanya membuka purdah tersebut.” (Kifaayatul Akhyaar: 1/93)

BACA:  Amaran Keras! Tinggalkan Segera Minuman Ini Jika Mahu Panjang Umur
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Manakala dalam kitab Iqna’ pula penjelas seperti berikut, maksudnya:

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian bergambar, pakaian mempunyai lukisan atau wanita yang memakai purdah kecuali terdapat lelaki ajnabi yang tidak menjaga pandangan mereka kepadanya, maka tidak harus untuk membuka purdah dan wajib ke atasnya untuk menutup.” (Iqna’ : 1/124)

Sebagai kesimpulan, kami berpandangan bahawa makruh bagi wanita untuk solat dalam keadaan memakai purdah. Namun begitu jika terdapat sebab yang munasabah maka hukumnya harus.

BACA:  Pembatalan Imams adalah tindakan tepat

Melihat kepada suasana surau dan masjid di Malaysia, tempat solat bagi wanita kebiasaannya adalah terlindung daripada pandangan lelaki ajnabi. Oleh itu, tidak timbul isu fitnah seperti yang diperkatakan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel