≡ Menu

Beroleh Barakah dalam Menggunakan Sosial Media. Kita Mampu Melakukannya.


Bagi kebanyakan daripada kita, bukan matahari yang membangunkan kita pada pagi hari tetapi silauan yang tidak dapat dielakkan dari telefon kita. Media sosial telah mengambil alih kehidupan kita dengan cara yang boleh merosakkan kerohanian kita. kita menghabiskan berjam-jam untuk “scroll” Instagram atau Facebook, dan tanpa sengaja, silih berganti menonton video. Cuba fikir sejenak, sudah berapa lama kita mulakan pagi kita dengan cara yang tidak begitu produktif sebegini.

Sesetengah orang mengelakkan dari media sosial sebagai cara membersihkan rohani, yang lain memikirkan cara untuk mendapatkan kebaikan sepenuhnya daripada media sosial serta lebih banyak pahala dan keberkatan, berbanding keburukan darinya. Jika anda ingin melakukan yang terakhir, berikut adalah beberapa cara yang dicadangkan untuk menggunakan media sosial untuk meningkatkan produktiviti rohani anda.

 

Manfaatkan Penggunaan Apps di Play Store dan App Store

Satu ketika dahulu, ilmu ilmu keagamaan amatlah sukar untuk diperoleh, nenek moyang kita perlu mengembara dan juga menghabiskan wang, ayah dan ibu kita perlu mengeluarkan wang untuk masuk ke kelas agama. Tetapi, pada zaman yang serba moden ini, applikasi keagamaan sudah boleh didapati secara meluas, malahan ada yang boleh didapati secara percuma. Sekiranya yang berbayar pun, manfaat yang kita peroleh daripada applikasi itu amatlah besar nilainya berbanding nilai wang yang kita keluarkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kita tidak lokek untuk mengeluarkan wang membeli rokok, vape, tudung bawal serta shawl yang terkini, takkan kita nak berkira untuk mengeluarkan modal yang tak sampai RM 50 untuk membeli sesuatu untuk kerohanian kita? Applikasi sebegini sudah banyak terdapat didalam pasaran contohnya, MuslimPro, QuranPro, MyQuran, dan BayyinahTV.

Majoriti kita sudah mempunyai aplikasi seperti Youtube, Spotify dan bagi mereka yang mempunyai iPhone: podcast, jadi mengapa tidak menggunakannya dengan betul? Gunakannya untuk manfaat akhirat anda dan memelihara kestabilan hati anda. Jika anda dapat mencari 10 minit untuk menonton tutorial make-up di youtube, anda boleh memperuntukkan sedikit masa untuk menonton syarahan. Peringatan pendek pada youtube amatlah banyak, jadi walaupun lima minit untuk mengembangkan pengetahuan anda akan memberi manfaat kepada anda. Jika anda boleh duduk dalam episod sepanjang 40-minit di Netflix, anda seharusnya dapat mendedikasikan dua kali lebih banyak masa kepada Allah subuhai wa ta’āla demi jiwa anda. Gantikan muzik di Spotify dengan Quran. Muat turun beberapa kuliah di podcast dan menyuburkan iman anda semasa perjalanan anda ke sekolah atau kerja.

 

Nilai kembali apa dan siapa yang kita ikuti di social media

Apa yang kita lihat, dengar, tonton akan menjadi ikutan pada kita. Minda separa sedar merupakan alat yang paling berbahaya jika kita tersilap dalam melatihnya. Sebagai contoh, kerap menonton lawak dan prank yang berlebihan dan ekstrem, membuatkan kita menjadi kurang sensitive dengan apa yang berlaku pada insan lain. “Nasib baik aku tak kena”. Itulah yang akan kita katakan pada diri kita apabila sesuatu musibah menimpa orang lain. Minda separa sedar, jika dipupuk dengan baik, akan menjadikan kita insan yang baik, begitu jua sebaliknya. Oleh itu, nilai semula, apa yang kita lampirkan di “newsfeed” kita.

Jangan ragu-ragu untuk unfriend dan unfollow account-account atau page yang toksik bagi kita, yang boleh merosakkan pegangan kita, meruntuhkan nilai moral kita serta melalaikan kita. Tak salah untuk follow akaun akaun artis atau insan yang terkenal di media social, tetapi berpada pada dalam mengagumi mereka.  Ingat, kadang-kadang kita mengagumi manusia atau makhluk lebih daripada Allah. Sehebat mana pun insan tersebut, mereka masih makhluk Allah, sama juga dengan kita.

Anda yang Kawal Masa, bukan sebaliknya!

Allah berfirman didalam surah al-asr, “Demi Masa, Sesungguhnya manusia kerugian!”
Allah bersumpah demi masa, bahawa kita semua kehilangan masa, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Kita harus memastikan bahawa masa yang kita habiskan mengikuti syariat yang ditetapkan Allah SWT. Oleh itu, pastikan masa dihabiskan dengan meningkat atau melindungi kepercayaan kita, meningkatkan kita dalam perbuatan baik, dan membantu kita mengingatkan diri kita dan orang lain untuk mengikuti Kebenaran.

 

Kadang-kadang, kita terleka mengejar kejayaan dunia, dan terleka dengan limpahan nikmatNya, sehingga kita terlupa tentang Hari Pembalasan, dimana setiap detik waktu yang kita lalui, akan dihisab, dan diteliliti oleh Allah SWT. Dalam kelalaian yang kita kecapi, kita mungkin terlupa bahawa kafan kita telahpun ditenun, menanti kita sahaja untuk memakainya. Oleh itu, kawal-lah masa anda, isikan masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menonton ceramah ustaz-ustaz di YouTube, dan juga applikasi-applikasi yang memberi impak pada ibadah kita.

BACA:  Kafarah Bersetubuh Ketika Haid. Suami Isteri Perlu Tahu Kenapa Dilarang Bersetubuh Ketika Haid

 

Tutup atau Ganti kan Notifikasi Telefon

Applikasi yang kita muat turun di telefon kita akan memberikan notifikasi kepada kita, sama ada Facebook, Instagram, dan seangkatan dengannya. Namun, tujuan asal adalah memberi makluman kepada kita. Dalam satu sudut pandang yang lain, tujuan asal ini telah berubah daripada memberi makluman, kepada meminta perhatian kita. “Si updated his status, Si fulan posted a photo, Si fulan shared a status by Page YY”, semua ini meminta perhatian kita untuk membuka applikasi tersebut dan melihat apa sebenarnya Si fulan ini telah lakukan di media sosialnya.

 

Kalau kita tidak percaya, cubalah tinggalkan telefon di rumah, kemudian, pergi ke mana mana, sebagai contohnya bekerja, ke pasar, atau bersenam, kemudian, setelah habis melakukan aktiviti tersebut, lihat screen telefon kita, berapa puluh, atau ratus notifikasi yang terpapar di skrin. Demikian lah, betapa kerapnya kita menghadapi gangguan sebegitu di dalam sehari. Itu lah sebabnya, kadang-kadang, kita tak sedar yang kita telah habiskan masa berjam-jam menghadap telefon, melayan notifikasi yang timbul, sekejap facebook, sekejap Instagram, sekejap twitter, sekejap youtube. Tapi notifikasi 5 waktu yang dilaungkan bilal, kita sengih sahaja.

 

Disable sahaja notifikasi apps-apps social media yang melalaikan kita, lebih baik kita guna applikasi waktu solat, menggunakan reminder pada phone kita untuk mengingatkan kita waktu-waktu dhuha dan juga membaca al-mathurat. Bukan kah itu lebih bermanfaat?

 

Sama-samalah kita perbaiki diri kita dalam menggunakan smartphone pada zaman yang serba moden ini. Jangan kita menjadi hamba terhadap sesuatu yang diciptakan oleh manusia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel