≡ Menu

Berdosakah Membaca Al-Quran Tanpa Tajwid Yang Betul? Baca Penjelasan Ini


Tajwid yang berasal daripada perkataan Arab membawa maksud membaguskan atau membetulkan. Menurut Imam Ibnul Jazari, dari segi istilah maksud tajwid ialah:

“Membaca dengan membetulkan hafalannya, menghindarkan dari keburukan bacaan serta membaca dengan bersungguh-sungguh untuk membaguskan bacaannya.”

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Mafhum: “Dan bacalah Al-Quran dengan ‘tartil’” (Surah al-Muzammil, 73:4)

Imam Ath-Thabari menjelaskan maksud di atas bahawa – Allah menyuruh hambaNya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan jelas dan perlahan-lahan serta berhati-hatilah agar bacaan dan maksudnya terjaga.

Walau bagaimanapun, menurut Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin menyebutkan bahawa, ia bukanlah dalil yang tepat mengenai Al-Quran yang perlu dibaca dengan penuh hukum tajwid.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Malah, sebenarnya tidak berdosa sekiranya seseorang itu membaca Al-Quran tanpa tajwid namun dengan syarat bacaan tersebut tidak hilang maksud asalnya.

Tajwid mula diwujudkan semasa zaman Uthman bin Affan bagi mengelakkan perbalahan dan perselisihan faham di antara kaum muslimin berkenaan dengan cara bacaan yang benar.

Dikhabarkan bahawa Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin pernah ditanya mengenai persoalan ini, iaitu adakah berdosa muslim yang membaca Al-Quran tanpa tajwid. Lalu beliau menjawab:

“Selagi mana tidak berlaku lahn (kesalahan bacaan) di dalamnya, maka ia adalah tidak mengapa. Jika terjadi kesalahan, maka wajib untuk memperbaiki kesalahan tersebut. Bagi tajwid, hukumnya adalah tidak wajib kerana tajwid itu adalah untuk memperbagus hafalan dan bacaan Al-Quran sahaja. Tidak dinafikan bahawa tajwid itu bagus dan dibaca Al-Quran dengannya menjadikannya lebih sempurna. Walau bagaimanapun, jika kita menjatuhkan hukum dosa terhadap mereka yang membaca tanpa tajwid, maka ia adalah sesuatu yang tidak benar kerana tiada dalil yang tepat dan sahih mengenainya.”

Kesalahan dalam bacaan itu terbahagi kepada dua, iaitu:

#1 – Al-Lahn Al-Jaliy
Ia merupakan kesalahan yang nyata dari segi bacaan, sebutan, kaedah nahu Bahasa Arab sama ada ia membawa kepada kecacatan maksud ataupun tidak.

Kesalahan ini adalah haram hukumnya jika dilakukan secara sengaja dan dimaafkan bagi mereka yang tidak sengaja. Sebagai contoh, menyebut huruf ذ dengan huruf ز.

BACA:  KTM Menghentikan Beberapa Tren Antara Bandar Dan Negeri Bagi Mencegah Penularan Covid-19

#2 – Al-Lahn Al-Khafiy
Kesalahan ini ialah kesalahan halus yang hanya diketahui oleh pakar dalam ilmu Al-Quran. Ia berlaku pada sebutan yang menyalahi hukum tajwid tetapi tidak membawa kepada kecacatan maksud, tatabahasa dan makna dalam Bahasa Arab.

Sebagai contoh, memanjang dan memendekkan bacaan bukan pada tempat yang sepatutnya. Menurut Al-Syeikh Al-Birkawiy, hukum bagi kesalahan ini adalah berdosa dan haram.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat lain yang mengatakan bahawa, selagi mana ia tidak mengubah kepada maksud bacaan, maka tidak mengapa.

Kesimpulan
Tuntasnya, tidak berdosa membaca Al-Quran tanpa tajwid selagi mana ia tidak merosakkan bacaan dan membawa kepada maksud yang salah. Namun, perlu diakui bahawa membaca Al-Quran dengan tajwid adalah lebih baik dan membantu kesempurnaan bacaan.

Wallahu a’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel