≡ Menu

Berdengkur, Ini 4 Langkah Mudah Untuk Mengurangkannya! Ingatkan Biasa Rupanya Ada Kesan Buruk!


Berdengkur. Topik ini nampak macam remeh. Tetapi ramai di antara kita mengalami masalah ini. Persoalannya, bagaimana mahu merawat? Apa punca-puncanya?

Ada beberapa sebab menyebabkan seseorang itu boleh alami berdengkur.

Paling biasa ditemui ialah mereka yang berlebihan berat badan, ada sekatan pada mana-mana bahagian atas salur nafas atau struktur rongga mulut dan tekak pesakit.

Mengapa mereka berlebihan berat badan mudah alami berdengkur?

Ini berlaku akibat pengumpulan tisu dan lemak yang banyak pada bahagian sekitar leher mengakibatkan sempitan pada salur nafas. Apabila tidur, masalah dengkuran lebih mudah berlaku.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apabila mereka berjaya mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Berat badan berjaya diturunkan. Saya percaya masalah ini dapat dibantu.

BACA:  Ibu Bapa Adalah Pintu Tengah Syurga! Ini Hadis Nabi Tentang Pentingnya Hormati Ibu Dan Bapa

Sekatan pada bahagian atas salur pernafasan, bahagian rongga mulut dan tekak boleh disebabkan oleh masalah pembesaran pada tonsil atau adenoid.

Apa lagi? Ada sesetengah pesakit juga mingkin mempunyai saiz lidah yang besar, saiz anak tekak ‘uvula’ yang panjang sehingga menyentuh lidah dan banyak lagi.

Ini semua boleh menyebabkan masalah berdengkur berlaku!

Rawatannya adalah perlu kepada pemeriksaan doktor. Lebih baik dapatkan rujukan ke klinik hidung, telinga dan tekak. Ada sesetengah keadaan memerlukan pembedahan. Ada yang perlu diturunkan berat badan dahulu.

Saya beri 3 tip untuk pesakit OSA, Obstructive sleep apnea.

1. Cuba kurangkan berat badan

BACA:  Selain Daripada Rabun, Ini Masalah Kesihatan Yang Boleh Mengganggu Penglihatan Anda

2. Jaga pemakanan

3. Banyakkan aktiviti sihat seperti bersenam dan sebagainya

4. Saya tambah nombor empat. Jumpa doktor untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya.

Kenapa OSA ini bahaya? Kerana ia boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang fungsi organ lain seperto otak, jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Jika anda kerap sangat mengantuk dan letih pada siang hari. Berdengkur di waktu malam, anda mungkin sedang mengalami gejala “obstructive sleep apnea”. Jumpalah doktor.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel