Menjaga Maruah Diri
Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk selalu menjaga kehormatan diri (‘Iffah).Dalam sebuah sabdanya, Beliau berkata:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعَفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ
”[Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. senang dengan hamba-Nya yang Mukmin dan fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah keluarganya]
Berkata sahabat Hakīm bin Hizām r.a.: “Saya pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., dan Beliau memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta kembali yang kedua kali, dan Beliau juga mengabulkan permintaanku itu. Setelah itu Beliau berkata kepadaku:
يا حكيم إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ فَمَنْ أَخَذَهُ بِسَخَاوَةِ نَفْسٍ بُورِكَ لَهُ فِيهِ وَمَنْ أَخَذَهُ بِإِشْرَافِ نَفْسٍ لَمْ يُبَارَكْ لَهُ فِيهِ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Wahai Hakīm, sesungguhnya harta benda itu memang indah dan nikmat (digambarkan oleh Rasul dengan hijau dan manis). Sesiapa mengambilnya dengan hati yang lapang (tidak terlalu berobsesi untuk menguaasainya) maka dia akan mendapatkan keberkahan harta tersebut. Dan sesiapa mengambilnya dengan penuh berat hati (sangat berobsesi mendapatkannya sehingga hatinya terasa sempit) maka dia tidak akan mendapatkan keberkahan dengan harta itu, bahkan dia akan menjadi seperti orang sedang makan yang tidak pernah kenyang. Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta). (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).
Maksud hadith di atas adalah setiap harta yang didapat dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama tidak akan mendapat keberkahan. Hal itu seperti harta yang diambil dari seseorang, sedangkan orang tersebut merasa berat untuk memberikan harta tersebut.
1. Maksud :
Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
2213-Perkara-yang-perlu-di-jaga-oleh-wanita
Menjaga maruah diri dituntut dalam agama
2. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah:
Untuk mendapat keredaan Allah SWT.
Untuk memelihara maruah diri dan keluarga.
Supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
3. Cara menjaga maruah diri dari segi berpakaian:
Memakai pakaian yang menuntut aurat, iaitu tidak ketat dan tidak jarang.
Memakai pakaian yang kemas, bersih dan sopan.
Tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang yang tidak sopan atau haram seperti lambang salib dan jenama arak.
4. Cara menjaga maruah diri dari segi pergaulan:
Memberi salam apabila bertemu dengan saudara seagama.
Menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak.
Hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Maruah adalah nilai utama
5. Cara menjaga maruah diri dari segi percakapan:
Bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan.
Bercakap benar dalam percakapan seharian.
Tidak menghina orang lain ketika bercakap.
6. Akibat tidak menjaga maruah diri:
Maruah diri dan keluarga akan tercemar.
Dipandang hina dan dibenci oleh orang lain.
Mendorong kepada berlakunya maksiat dan jenayah seperti rogol, zina dan sebagainya.
7. Hikmat menjaga maruah diri:
Mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Kehormatan diri akan terpelihara.
Terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.
Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.
Rumusan Topik:
Berdasarkan pada rumasan yang telah diperolehi dan dibuat ialah pada dasarnya Allah menciptakan manusia itu adalah sebagai mahluk yang paling berharga dan mulia di permukaan bumi ini. Namun tidak sedikit, manusia sendirilah yang merosakkan kehormatan dan harga dirinya, dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan tidak sesuai dengan norma-norma agama. Kemuliaan yang terdapat dalam diri manusia ini haruslah dijaga dari pada hal-hal yang dapat merosaknya, baik yang berupa sikap dan perbuatan yang dilakukan oleh diri sendiri, mahupun yang dilakukan oleh orang lain terhadap peribadi mereka. Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.
Antara kepentingan menjaga diri dan maruah ialah setiap muslim wajib dengan cara memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri. Selain itu adalah untuk menjaga kemuliaan diri,keluarga, masyrakat dan negara.Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki hati diri dengan berpegang kepada ajaran islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan akidah.Tambahan pula mereka yang menjaga maruah diri ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Islam telah mengariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Antara cara berpakaian yang dituntut dalam Islam ialah dengan berpakaian yang menutup aurat. Pakaian tersebut tidalah ketat atau jarang dan memakai pakaian yang kemas dan bersih. Tidak memakai pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang-lambang kumpulan Black Metal, lambang-lambang kumpulan ajaran sesat dan lambang-lambang agama lain. Selain itu antara cara pergaulan yang diajarkan ialah dengan memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara Islam (dalam batas syarat) Menjaga tatasusila dan hukum syara dalam pergaulan. Hormat-menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Bertukar-tukar pendapat dengan orang lain. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain. Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri. Menepati janji yang baik. Selain itu juga adab dalam bercakap ialah dengan perkataan yang baik dan sekiranya tidak tahu,lebih baik berdiam diri. Berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi antara satu sama lain . Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua ataupun muda dari kita perlulah bercakap dengan menyenangkan dengn tentang perkara yang membawa kemajuan diri, masyarakat dan negara. Bercakap benar tentang perkara yang diketahui, jangan sampai berbohong perkara yang tidak ada kepastian.
Wanita muslimah menjaga maruah dirinya melalui pemakaiannya.
Berikut adalah akibat tidak menjaga diri dan maruah :
Kehidupan tidak diberkati kerana jauh daripada cahaya petunjuk Allah.
Mendapat dosa kerana melanggar syariah Allah
Menjadi terpinggir kerana dipulaukan oleh rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.
Mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah seperti rogol dan sumbang mahram. Melahirkan masyarakat yang kucar-kacir dan negara yang tidak tenteram serta menyukarkan pembinaan tamadun.
Hikmah yang dapat kita pelajari daripada menjaga maruah diri ialah kehidupan kita akan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah tambahan pula akan mendapat pahala yang berganda kerana mengikut suruhan yang diperintahkan. Akan disayangi, disegani dan disanjung oleh rakan dan masyarakat. Kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran Negara dapat dibendung dan dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera,bersatu padu dan negara yang aman.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel